rawatan dadah, pemulihan dadah, pusat pemulihan dadah, pusat serenti, ketagihan dadah, rawatan dadah secara islam, najis dadah, bahaya dadah, rawatan tradisional dadah, rawatan penagih dadah, rawatan penagihan dadah, penagih dadah, penyalahgunaan dadah




"Dadah adalah musuh dan pemusnah kehidupan" .USTAZ  HJ HANAFI BIN HJ A.RASHID Sehingga ke hari ini, beliau menawarkan beberapa khidmat perubatan alternatif menggunapakai kaedah Rawatan Tradisional Secara Islam yang menggunakan pendekatan yang berbentuk "Berdoa, Berusaha dan Bertawakal".


Selama 7 hari pertama, Si penagih akan diberi minum Air Kelapa. Selalunya tidak sampai setengah minit setelah diminum, si penagih akan muntah semula. Selain mengeluarkan kotoran, ia turut membawa keluar racun dan bisa-bisa badan akibat menagih. Rawatan pada tahap ini juga turut diselang-selikan dengan rawatan mengeluarkan iblis dari tubuh si penagih .
Seterusnya kaedah pemulihan dadah kini sampai pada tahap terakhir, iaitu Tahap Bimbingan. Pada tahap ini biasanya dilalui oleh si penagih pada 7 hari terakhir rawatan, yang mana pada tahap ini  akan fokuskan dalam bentuk bimbingan  pendekatan Kerohanian dan Psikologi dan ia akan berlarutan sehingga ke hari yang ke 14, yang mana dengan izin Allah, pada hari yang terakhir ini, si penagih biasanya sudah pulih sepenuhnya dari ketagihannya dan sudah boleh pulang ke rumah.


Alhamdulillah, setakat ini Allah Taala telah mengizinkan beliau untuk mengikhtiarkan penyembuhan terhadap pelbagai peringkat usia penagihan dadah, dari awal peringkat usia belasan tahun sehinggalah ke peringkat usia yang sudah bergelar datuk. Biasanya para penagih yang akan menjalani rawatan akan diminta untuk tinggal selama 14 hari di rumah beliau dalam suasana rawatan yang selesa dan berhawa dingin dan perlu dinyatakan di sini yang beliau hanya mengambil semaksimum 2 orang sahaja untuk dirawati pada satu-satu masa. Keadaan ini adalah bertujuan supaya konsentrasi dan fokus yang mantap dapat ditumpukan sepanjang proses rawatan. Penagih dirawat menggunakan air kelapa muda.Segala bisa dadah dalam badan akan dimuntahkan keluar. RAWATAN PEMULIHAN DADAH Secara perlaksanaannya, pada tahap awalan, beliau akan terlebih dahulu membuang iblis dan syaitan yang ada dalam tubuh si penagih kerana pada beliau, selagi ada iblis dalam diri si penagih .. maka jiwa, emosi dan perasaan penagih akan terganggu dan seterusnya dapat mempengaruhi si penagih untuk kembali menagih dadah walaupun sebelum ini telah berjaya dipulihkan ketagihan itu. Dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran  iblis tersebut ditangkap lalu dimasukkan ke dalam botol.


Alhamdulillah, dengan izin Allah setakat ini beliau merupakan antara pengamal perubatan kaedah alternatif secara Islam yang berjaya menawarkan kaedah rawatan ketagihan dadah hanya dalam masa 14 hari sahaja, dengan syarat kerelaan untuk berubat adalah datangnya betul-betul dari hati si pesakit dan bukannya atas dasar paksaan dari sesiapa.


Kaedah yang di tawarkan ini agak unik jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah rawatan yang lain justeru kerana ia menggabungkan tiga tahap rawatan iaitu Tahap Awalan, Tahap Pertengahan dan Tahap akhir.





















Sebenarnya masalah ketagihan dadah ini adalah satu sikap hidup yang salah.Pada permulaannya ianya dianggap penyelesai masalah hidup atau satu cara mencari ketenangan hidup.Kemungkinan pada peringkat awalnya ianya seolah-olah penenang jiwa, namun lama- kelamaan ianya telah bertukar menjadi racun dan perosak kepada diri dan kehidupan.Disebabkan ketagihan dadah telah ramai jiwa yang telah musnah,telah banyak kehidupan yang telah hancur serta si penagih seolah-olah sudah tiada harapan untuk hidup sempurna.Bahkan telah berapa ramai nyawa telah melayang  akibat dari sikap penagihan dadah ini.

Oleh yang demikian itu Ustaz Hj hanafi akan berusaha sedaya mungkin untuk menyedarkan kembali si penagih dari dunia khayalannya serta akan menanamkan keimanan yang jelas dan tepat dengan kehendak Allah s.w.t. Insya ALLAH  si penagih akan  dapat kembali kepangkal jalan kebenaran sekiranya dia bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati menjalani rawatan ini zahir dan batin.Sesungguhnya perbuatan ketagihan dadah ini adalah satu dosa yang wajib ditaubati.Jika tanpa niat bertaubat dengan seikhlas hati maka sukar sesaorang penagih itu untuk lepas dari jerat dadah yang membinasakan ini.


Yakinlah bahawa sesungguhnya ALLAH s.w.t  maha menerima taubat hambanya sekali pun dosa hambanya itu setinggi gunung.Kembalilah wahai saudara-saudaraku kepada jalan dan cara hidup yang bersih,tenang lagi diredhai Ilahi.Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini teramatlah singkat dan kita akan mati.Setelah mati kita akan berhadapan dengan satu kehidupan yang kekal abadi, di sana ada pembalasan NERAKA dan SYURGA. Ketahuilah bahawa NERAKA itu penuh dengan azab sengsara yang teramat azab, manakala SYURGA itu penuh dengan nikmat yang tiada tolok bandingnya.Burulah SYURGA dan Jauhilah NERAKA.

Rawatan 
Tradisional Secara Islam
(Pemulihan Ketagihan Dadah)
Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid
Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid adalah merupakan bekas Guru Agama Kerajaan.Beliau telah berkhidmat sebagai Guru Agama selama lebih kurang 14 tahun.Beliau telah berkhidmat di beberapa buah sekolah, diantaranya seperti di Sek.Men.Kajang - Selangor, di Sek.Men.Bukit Jalor, Gemas -, N.Sembilan, di Sek.Men.Agama Gemencheh - N.Sembilan dan di Sek.Men.Gemas,Gemas - N.Sembilan.
Beliau telah meletak jawatan pada tahun1993 ketika berkhidmat di Sek.Men.Gemas,N.Sembilan.

Tempat  terhad untuk 2 orang sahaja.
Sila buat tempahan awal.Hubungi terus
Ustaz Hj Hanafi:+60195424161


Kemudahan yang disediakan:
Makan & minum disediakan.Tempat penginapan yang selesa ada penghawa dingin, peti sejuk,tv.
Makanan/minuman ringan 24 jam.Kemudahan bilik tidur yang selesa.Pakaian didobikan dan lain-lain kemudahan yang sesuai.Pesakit hanya duduk berehat sepenuhnya sambil menjalani rawatan.InsyaAllah penagih akan dapat dipulihkan sepenuhnya.



ALAMAT:
NO.1932-C ,
JALAN STADIUM,
05100 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN,
MALAYSIA.
(Berhadapan Dengan Komplek Kolam Renang MBAS)

EMAIL :
prist2u@yahoo.com.my
TALIAN:
+60195424161

PENTING:
Jika Tuan/Puan/Saudara/Saudari  berminat atau inginkan sebarang penjelasan,silalah hubungi Ustaz Hj Hanafi di talian atau melalui Email di atas

SYARAT UTAMA RAWATAN IALAH :
Mestilah Si Pesakit ( Si Penagih) tersebut dengan rela hati  untuk menjalani rawatan.
Utama           Gambar Proses Rawatan               Testimoni 1              Testimoni 2               Testimoni 3               Testimoni 4               Rencana