Pengasas & Perawat
Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid
   Lain-Lain Rawatan: Sila klik di sini
LOKASI PUSAT RAWATAN
                                 

                                          ALAMAT:

                                   NO.1932-C , JALAN STADIUM,
                                    05100  ALOR SETAR, KEDAH
                                              MALAYSIA.
              (Berhadapan Dengan Komplek Kolam Renang MBAS)

                             Email :  hanafiarashid@yahoo.com.my
                                   H/p     : +60195424161

                                        PENTING:
                      Jika Tuan/Puan/Saudara/Saudari  berminat
                    atau inginkan sebarang penjelasan,silalah hubungi
               Ustaz Hj Hanafi di talian atau melalui Email seperti di atas.

     
Tempat adalah  terhad, hanya untuk 4 orang sahaja.
Sila buat tempahan awal.Hubungi terus
Ustaz Hj Hanafi  Bin Hj A.Rashid 
H/P:  +60195424161

                        
Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid adalah merupakan bekas Guru Agama Kerajaan.Beliau telah berkhidmat sebagai Guru Agama selama lebih kurang 14 tahun.Beliau telah berkhidmat di beberapa buah sekolah menengah.Diantaranya seperti di Sek.Men.Tinggi Kajang - Selangor, Sek.Men.Padang Tembak Kuala Lumpur, Sek.Men.Bukit Jalor, Gemas - N.Sembilan, di Sek.Men.Agama Gemencheh - N.Sembilan dan di Sek.Men.Gemas,Gemas - N.Sembilan.Beliau telah meletak jawatan pada tahun1993 ketika berkhidmat di Sek.Men.Gemas,N.Sembilan. Setelah meletakkan jawatan beliau telah menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap rawatan tradisional islam ini.Beliau telah menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia,Sabah dan sarawak.Beliau juga telah mengembara di beberapa buah negara lain dalam memberikan khidmatnya,diantara negara yang telah dikunjunginya ialah seperti di Indonesia,Brunei,Australia,Singapura,Thailand, Arab Saudi,Jordan,Mesir dan beberapa negara Timur tengah yang lain.

USTAZ  HJ HANAFI BIN HJ A.RASHID menawarkan beberapa khidmat perubatan alternatif mengguna pakai kaedah Rawatan Tradisional Secara Islam yang menggunakan kaedah  "Berdoa, Berusaha dan Bertawakal".
Selama 7 hari pertama Si penagih akan diberi minum Air Kelapa muda yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al Quran yang tertentu serta telah di bacakan dengan Doa-Doa khusus,masa minum air kelapa tersebut ialah pada waktu pagi ketika perut masih kosong lagi. Selalunya tidak sampai setengah minit setelah diminum, si penagih akan muntah. Selain mengeluarkan kotoran, ia turut membawa keluar racun dan bisa-bisa badan akibat menagih. Rawatan pada tahap ini juga turut diselang-selikan dengan rawatan mengeluarkan iblis dari tubuh si penagih .
Seterusnya kaedah pemulihan dadah kini sampai pada tahap terakhir, iaitu Tahap Bimbingan. Pada tahap ini biasanya dilalui oleh si penagih pada 7 hari terakhir rawatan, yang mana pada tahap ini  akan difokuskan dalam bentuk bimbingan  pendekatan Kerohanian dan Psikologi dan ia akan berlarutan sehingga ke hari yang ke 14, yang mana dengan izin Allah, pada hari yang terakhir ini, si penagih biasanya sudah pulih sepenuhnya dari ketagihannya dan sudah boleh pulang ke rumah.


Alhamdulillah, setakat ini Allah Taala telah mengizinkan beliau untuk mengikhtiarkan penyembuhan terhadap pelbagai peringkat usia penagihan dadah, dari awal peringkat usia belasan tahun sehinggalah ke peringkat usia yang sudah bergelar datuk. Para penagih yang akan menjalani rawatan mestilah untuk tinggal selama 14 hari di Pusat Rawatan beliau dalam suasana rawatan yang selesa dan berhawa dingin. Perlu dinyatakan di sini yang beliau hanya mengambil  4 orang sahaja untuk dirawat pada satu-satu sesi rawatan. Keadaan ini adalah bertujuan supaya konsentrasi dan fokus yang mantap dapat ditumpukan sepenuhnya sepanjang proses rawatan ini. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah setakat ini beliau merupakan antara pengamal perubatan kaedah alternatif secara Islam yang berjaya menawarkan kaedah rawatan ketagihan dadah hanya dalam masa 14 hari sahaja, dengan syarat kerelaan untuk berubat adalah datangnya betul-betul dari hati si pesakit dan bukannya atas dasar paksaan dari sesiapa. Kaedah yang di tawarkan ini agak unik jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah rawatan yang lain.

Sebenarnya masalah ketagihan dadah ini adalah satu sikap hidup yang salah.Pada permulaannya ianya dianggap penyelesai masalah hidup atau satu cara mencari ketenangan hidup.Kemungkinan pada peringkat awalnya ianya seolah-olah penenang jiwa, namun lama- kelamaan ianya telah bertukar menjadi racun dan perosak kepada diri dan kehidupan.Disebabkan ketagihan dadah telah ramai jiwa yang telah musnah,telah banyak kehidupan yang telah hancur serta si penagih seolah-olah sudah tiada harapan untuk hidup sempurna.Bahkan telah banyak nyawa telah melayang  akibat dari sikap penagihan dadah ini.

Oleh yang demikian itu Ustaz Hj Hanafi akan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menyedarkan kembali si penagih dari dunia khayalannya serta akan menanamkan keimanan yang kuat dan tepat dengan kehendak Allah s.w.t. Insya ALLAH  si penagih akan  dapat kembali ke pangkal jalan kebenaran sekiranya dia bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati menjalani rawatan ini zahir dan batin.Sesungguhnya perbuatan ketagihan dadah ini adalah satu dosa yang wajib ditaubati.Jika tanpa niat bertaubat dengan seikhlas hati maka sukar sesaorang penagih itu untuk lepas dari jerat dadah yang membinasakan ini.


Yakinlah bahawa sesungguhnya ALLAH s.w.t  maha menerima taubat hambanya sekali pun dosa hambanya itu setinggi gunung.Kembalilah wahai saudara-saudaraku kepada jalan dan cara hidup yang bersih,tenang lagi diredhai Ilahi.Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini teramatlah singkat dan kita akan mati.Setelah mati kita akan berhadapan dengan satu kehidupan yang kekal abadi, di sana ada pembalasan NERAKA dan SYURGA. Ketahuilah bahawa NERAKA itu penuh dengan azab sengsara yang teramat azab, manakala SYURGA itu penuh dengan nikmat yang tiada tolok bandingnya.Burulah SYURGA dan Jauhilah NERAKA.

INSYA ALLAH  Ustaz Hj Hanafi bersedia untuk membantu anda  bebas dari belenggu  ketagihan dadah.
Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan penyelesaiannya. Insya Allah anda akan dapat merasai ketenangan dan kedamaian hidup yang anda impikan selama ini.
Kasihanilah dan ingatlah ibu/bapa/adik-beradik serta anak isteri yang masih menyayangi dan memerlukan kita.Mulakan langkah dari sekarang untuk berubah dengan menjalani rawatan pemulihan yang ditawarkan ini. Semoga anda berjaya di Dunia dan Akhirat.....Aminnn.



Tuan Hj Izhar Bin Abu Talib
Pengarah Pencegahan
AADK Malaysia.
Sedang menyampaikan Cenderahati pada
Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid semasa mengadakan
lawatan  ke Pusat Rawatan Dadah secara Islam Yang
dikendalikan oleh Ustaz Hj Hanafi di Alor setar,Kedah.
Pada bulan Febuari 2011.
    " Insya ALLAH Rawatan Ini  Sangat Istimewa Buat Mereka Yang Benar-Benar Ikhlas Untuk Pulih Dan Berubah  "
Pusat Pemulihan Dadah
Secara Tradisional Islam
( Eksklusif & Intensif )