Pusat Pemulihan Dadah
Secara Tradisional Islam

   Lain-Lain Rawatan: Sila klik di sini

" Fitrah manusia sememangnya ingin mencari kedamaian dan ketenangan.Sebab itu manusia membuat dan mengandaikan sesuatu yang  boleh mendatangkan ketenangan dan kedamaian.Diantaranya ialah dengan mengambil dan menagih dadah.Mereka beranggapan dadah itu boleh memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada mereka,tetapi sebaliknya mereka terjerumus kedalam penderitaan dan kesengsaraan zahir dan batin seumur hidup. Syaitan telah membawa mereka ke arah jalan hidup yang sesat dan gelap.Sebenarnya kedamaian dan ketenangan itu hanya akan diperolehi oleh mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.

        Firman Allah yang bermaksud: " Ketahuilah (olehmu) bahawa sesungguhnya hanya dengan mengingati ALLAH jiwa kamu akan tenang"."






" Seseorang yang kenal Allah, pasti akan sentiasa malu, hormat dan mahu membesarkanNya, sebagaimana malu, hormat dan menghina dirinya pada seseorang yang selalu menolong dan memberi nikmat kepadanya. Sebab nikmat Allah kepada manusia adalah setiap detik mengalir tanpa henti-hentinya."




"  Apabila terasa diawasi oleh Tuhan, merasa berdosa setiap waktu, jiwa menderita dengan dosa, rasa syukur dengan nikmatNya, rasa kurang beramal, rasa hina diri dengan Tuhan, itulah tanda kita memiliki sifat kehambaan.   "





" Kuat harap, takut, cinta seseorang itu pada Allah akan mendorong dirinya mentaati suruhanNya dan menjauhi laranganNya. Jika salah satu dari tiga ini tiada, seseorang itu tidak akan menjadi orang yang taat sekalipun dia seorang yang alim."





" Hormatilah orang tua,
kasihanilah kanak-kanak,
bersimpatilah kepada binatang,
banyakkanlah memberi maaf kepada isteri,
bertolak ansurlah pada perkara-perkara yang dibenarkan,
merendah dirilah dalam pergaulan,
kerana ini semua di antara sifat-sifat orang mukmin."





" Neraka itu AZAB, Syurga itu NIKMAT. Oleh itu larikanlah diri dari Neraka dan dekatilah diri pada Syurga .... dengan betaqwa kepada Allah Azzawajalla"
" Apabila terasa diawasi oleh Tuhan, merasa berdosa setiap waktu, jiwa menderita dengan dosa, rasa syukur dengan nikmatNya, rasa kurang beramal, rasa hina diri dengan Tuhan, itulah tanda kita memiliki sifat kehambaan."
Lidah walaupun lembut tidak bertulang, peranannya hebat sekali,
boleh membunuh dan boleh menghidupkan,
boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan,
boleh menghina dan boleh memuliakan,
boleh mempesona dan boleh meliarkan,
boleh menghasut dan boleh memujuk,
maka gunakanlah lidah dengan sebaik-baiknya...




Banyak orang menganggap jangka panjang ( masa depan ) hanya setakat hidup dunia, sedikit sekali yang mengatakan jangka panjang kehidupan ialah akhirat. Sebab itu ramai manusia memikirkan dunia dan sedikit sekali yang memikirkan akhirat.





Ramai orang yang takut  kepada kesusahan  hidup di dunia yang fana ini tetapi sedikit sekali yang takut terhadap azab Neraka di Akhirat yang kekal abadi.
Ramai sekali manusia yang memburu kenikmatan hidup yang sedikit di alam dunia ini tetapi teramat-amat kurang sekali yang mengejar kenikmatan Syurga yang  teramat hebat  lagi kekal abadi di Akhirat nanti.
  Maha suci Allah s.w.t Tuhan yang telah menciptakan dunia yang indah ini,lebih-lebih lagilah kenikmatan dan keindahan Syurga yang tiada tolok bandingnya yang Allah s.w.t ciptakan hanya untuk orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadanya sahaja.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

[1] Alif, Laam, Miim.
[2] Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
[3] Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
[4] Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
[5] Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.
[6] Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[7] Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
[8] (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
[9] “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
                                                                                                      (Surah Ali Imran : ayat 1 - 9)