Testimoni 2

Assalamualaikum !
Nama saya Ab Rahman Bin Basiran,berumur 24 tahun dan saya berasal dari salah sebuah daerah Kota Tinggi di dalam Negeri Johor.Saya mempunyai 8 orang adik-beradik dan saya anak yang ke 7.Namun begitu sayalah yang paling ingkar dan tak dengar nasehat  keluarga ,akhirnya saya terjebak dengan najis DADAH .
Pada mulanya hanya dengan merokok sahaja,lepas itu saya mula berani ambil GANJA.Lama-kelamaan saya rasa bosan dengan ganja, lalu seterusnya saya ambil pula dadah jenis SYABU.Akibat dari itu saya terus setia menjadi penagih dadah syabu.Walaupun saya menjadi petagih dadah syabu,tapi dalam hati saya tetap bertekad untuk berhenti dari ketagih dadah ini.Tapi apakan daya saya tidak mampu melepaskan diri dari jerat dadah ini.Saya rasa seolah-olah tiada jalan lagi untuk saya berhenti atau berubah.Namun begitu saya yakin Allah s.w.t maha mengetahui rasa hati dan niat saya itu,Alhamdulillah akhirnya dengan bantuan keluarga dan di atas kehendak diri saya sendiri saya dihantar ke tempat Rawtan Tradisional Secara Islam ini yang dikendalikan oleh Ustaz Hj Hanafi di alor setar kedah.
Saya telah diperkenalkan kepada Ustaz Hj Hanafi dan saya kagum dengan layanan mesranya pada saya,seolah-olah saya ini bukan seorang penagih.Di sinilah dia membimbing saya bagaikan seorang tetamunya.Saya terasa mudah menerima rawatan dan nasehat yang diberikannya,jiwa saya yang dulunya terasa kosong kini lebih tenang dan tenteram,Alhamdulillah !.
Saya sangat-sangat teruja menjalani rawatan di sini,kerana ianya dalam suasana yang begitu selesa dan gembira sekali,Alhamdulillah !.
Saya sangat bersyukur kepada Allah s.w.t dan saya juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada Ustaz Hanafi yang sudi menerima saya dengan merawat dan memberi kursus serta nasehat penuh kepada saya.Tak lupa juga pada ahli keluarga saya,teman istimewa dan terutamanya abang saya ( Mohd On dan Najib) yang tak pernah jemu memberi sokongan,bantuan dan peluang kepada saya untuk berubah,Alhamdulillah !.......MASIH ADA ORANG YANG MASIH MENYAYANGI SAYA LAGI.
Akhir kata dari saya: SESUNGGUHNYA DADAH ITU MENDATANGKAN KESAN YANG SANGAT BURUK KEPADA YANG MENCUBANYA !!.

Yang ikhlas
maman,
Oktober 2008
(BELIA BENCI DADAH)
Testimoni 3

Assalamualaikum !
Nama saya Tajudin B.Hashim dan berumur 45 tahun.Saya berasal dari salah sebuah kampung di Daerah Kg Gajah,Telok Intan,Perak.Saya mempunyai 8 orang adik-beradik dan saya anak yang ke 5.Dalam  pelajaran saya belajar hingga ke tingkatan Enam.
Dalam semua adik-beradik sayalah yang paling nakal serta degil tidak mendengar nasehat orang tua dan keluarga,yang akhirnya saya telah terjerumus ke lembah ketagihan dadah yang hina ini.Pada awal-awalnya dulu saya bermula dengan menghisap rokok,selepas itu saya terlibat pula dengan ganja dan setelah tidak puas dengan ganja lagi saya terus beralih pula ke DADAH HEROIN. Untuk pengetahuan semua saya telah terjebak dengan ketagihan dadah ini selama 25 tahun hinggakan saya telah dibuang kerja dengan kerajaan sebanyak 3 kali.Namun begitu dalam masa yang sama ada juga saya cuba untuk berhenti,tapi apakan daya tiada kekuatan untuk saya berhenti,selama 25 tahun itulah hidup saya telah musnah kerana DADAH.

Akhirnya dengan rasa keinsafan dan kesedaran diri sendiri lalu saya telah pergi berubat dengan Ustaz Hanafi di Alor Setar,kedah. Di sinilah  saya telah diberi pemulihan dan perawatan zahir dan batin secara tradisional Islam dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran.Di sini saya dibimbing , diberi tunjuk ajar secara dekat dan secara penuh kasih sayang.Di sini juga suasana persekitarannya amat begitu sesuai sekali.Keadaan di sini begitu tenang dan selamat.

Di kesempatan ini saya meluahkan kesyukuran saya yang tidak terhingga pada Allah s.w.t yang masih memberi peluang untuk saya berubah kepada yang lebih baik dan saya juga nak mengucapkan  berbanyak-banyak terimakasih pada Ustaz danAkak (Isteri Ustaz)  kerana telah menjaga saya dengan begitu baik sekali sepanjang saya menjalani pemulihan ini.

Pada Ustaz Hanafi saya takkan lupakan jasa ustaz sampai bila-bila hingga ke akhir hayat saya di atas perawatan yang diberinya serta nasehatnya yang benar-benar menyentuh hati kecil saya. Terus terang saya katakan Lilla hita'ala saya kini telah pulih dengan jayanya.

Tak lupa juga saya sangat-sangat terhutang budi pada ibu saya,kakak saya serta abang ipar saya yang telah bertungkus-lumus berusaha membantu saya untuk pulih dari ketagihan dadah ini.Saya juga mohon jutaan ampun dan maaf dari ibu,bapa dan kakak serta abang ipar saya kerana selama ini saya dah banyak menyusahkan mereka, kini saya berjanji tidak akan mengulangi lagi dengan perbuatan menagih najis dadah dan rokok. Saya pasti saya tidak akan mengulanginya lagi hinggalah ke akhir hayat saya.
Pesan saya pada kawan-kawan yang masih lagi terlibat dengan penagihan dadah ini,jika ada kesedaran dan keinsafan....datanglah berubat dengan Ustaz hanafi ini.Insya Allah ustaz akan berusaha menolong kita agar bebas dari jerat dadah durjana ini.Cukuplah kawan-kawan semua,marilah kita menjadi manusia yang sempurna di sisi Allah s.w.t semula,ayuh teman mulakan langkah pertama anda.

Kepada yang masih belum terlibat,pesan saya: JANGAN SEKALI-KALI ANDA MENCUBA BENDA JAHANAM INI,JIKA ANDA CUBA JUGA MAKA SUDAH PASTI HIDUP ANDA AKAN HANCUR MUSNAH...INGAT....BERWASPADA LAH SELALU DALAM MEMILIH KAWAN.

Alhamdulillah, setelah saya buat rawatan dengan Ustaz Hj Hanafi  semangat saya bertambah  kuat untuk meneruskan  kehidupan yang lebih sehat.

Sekian dari saya.
Kg Gajah,Perak.
Oktober 2008



Testimoni 4

Saya seorang penagih dadah yang tegar daripada Negara Singapura.Kehidupan saya di sana sederhana sahaja.Untuk melupakan dadah itu amat sukar sekali bagi saya hingga saya datang ke Kedah ini untuk menjalani rawatan pemulihan dengan Al Fadhil Ustaz Hj Hanafi.Saya telah 4 kali masuk ke dalam Pusat Pemulihan Dadah di Singapura.Kehidupan saya sebagai penagih dadah ia tidak kira haram atau halal,asalkan dapat najis dadah sudah kira OK.
Sudah cukuplah,saya tidak payah menceritakan panjang lebar lagi,semua cerita kita (penagih) sama sahaja.Bangun pagi pergi bilik air charge battrey (ambil dadah),tengah hari nanti lagi sekali dan malam charge lagi... cukup membosankan.Sudah cukup masa saya dengan khayalan ini selama 30 tahun lamanya.Seperti yang dikata: " Kalau tak mahu,katakan tidak ",wow..nampak macam senang.Tapi Alhamdulillah setelah saya menjalani rawatan dengan Al Fadhil Ustaz Hj Hanafi ini saya dengan izin Allah s.w.t mampu meninggalkan perbuatan menagih dadah ini,bukan sahaja dadah yang boleh saya tinggalkan bahkan rokok juga telah saya tinggalkan.Umur saya sekarang ialah 45 tahun,saya ada isteri dan beberapa orang cahayamata.Selepas ini Saya akan cari jalan terus bagaimana untuk katakan..." Tidak...Tidak...Tidak kepada dadah ".
Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih saya pada AlFadhil Ustaz Hj Hanafi kerana disebabkan usaha ikhtiar beliau lah saya kini bebas dari ketagihan dadah dan rokok dengan izin Allah s.w.t. Syukur Alhamdulillah.

Sekian dari saya,
Syed T
Singapura
20-06-2009.
Testimoni 5

" Aku dah letih nak wayang-wayang dengan setiap manusia yang aku bersemuka, tak daya dah ni sebenarnya,Hipokrik dengan diri sendiri,tapi nak buat macam mana ? tak kan nak bukak pekung " .. kata Si Frz ni setiap hari....( selama 15 tahun " chasing the dragon" ) umur pun dah cecah 35 tahun... kerja pun dah tak boleh nak fokus ! Anak makin membesar ! Takkan nak bahayakan life mereka.....
Sesungguhnya Allah s.w.t maha mendengar rintihan aku ini setiap hari,di mana aku harus berubat ? macam mana nak tahan ? Alhamdulillah dengan izinnya aku ditempatkan di sini (Pusat Rawatan Dadah Ustaz Hj Hanafi).Dengan bantuan Ustaz Hanafi, aku pun merelakan diri ini dirawat olehnya serta aku bertawakkal ajelah pada Allah.Takkan sampai mati aku harus memperhambakan diri pada dadah Heroin,Meth,Suboxone !!!.
Maybe aku bukan seorang penulis ! Tapi apa yang aku harapkan dan dapat rasakan is speechless ! Setelah menjalani rawatan di sini aku terasa nikmatnya hidup ini tanpa dadah,badan aku terasa clean,otak kembali cergas dan hatiku kembali tenang.Telah lama aku tidak dapat rasakan hidup setenang dan secergas sekarang ini.Aku rasa sangat-sangat terhutang budi pada Ustaz Hanafi yang sudi menerima aku untuk dirawat serta melayan aku dengan lemah-lembut dan penuh kasih sayang,tak sangka Ustaz sudi melayan aku bukan sebagai seorang penagih tapi sebagai seorang tetamu yang dihormati.
Percayalah Ustaz...aku akan pegang segala nasehat dan tunjuk ajar yang ustaz berikan padaku.Aku nekad tidak akan kembali kepada dadah lagi hingga ke akhir hayatku....Insya Allah.

# "TEPUK DADA,TANYALAH SELERA.......KALAU DAH NEKAD,MESTI DAPAT...."
#     Dalam masa 2 minggu,mungkin tiada sesiapa pun boleh terfikir dan percaya yang
        seorang penagih akan pulih sepenuhnya.....
       Aku keliru menjadi buntu,arah yang ingin dituju.Rasa resahku kian celaru dengan rela ku tempuhi jua...!!!
       Aku cuma mahukan bayangan resahku menghilang,tapi keadaan memaksaku hadapi semua....
       INIKAH REVOLUSI ATAU HANYA ILUSI ? YANG NYATA MIMPIKU JADI REALITI
       ( aku telah bebas dari dadah dan rokok).
       TQ...TQ....TQ...... Ustaz !!!!!!!!
Hamba Allah yang bertaubat,
frz kedah.
March 2010
Testimoni 6
Assalamualaikum pembuka bicara...
Di sini aku mempunyai satu seloka tentang kisah hidupku.Namaku Haz yang berusia 18 tahun dan berasal dari Kuching,Sarawak,dahulunya merupakan seorang penagih dadah syabu yang tegar.Tanpa dadah syabu aku tidak mampu membuat apa-apa kerja yang diberikan.Setiap minggu aku akan meminta wang daripada ibubapaku hanya untuk membeli dadah syabu,secara tidak langsung aku telah menjadi beban kepada mereka.Hidupku sangat gelap pada masa itu tanpa disinari sinar Iman.

Namun segalanya berubah selepas aku menghadiri sesi rawatan yang diadakan oleh Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid.Di sana  bukanlah seperti tempat-tempat rawatan yang lain dimana penagih akan dikurung dan sebagainya.Di sana (tempat Ustaz Hanafi) aku telah menginap di dalam bilik tidur yang berhawa dingin dan mempunyai TV plasma lagi.Makanan dan minuman ringan juga turut disediakan di dalam bilik penginapan.Pada mulanya memang aku merasa agak gelisah,namun layanan yang Ustaz Hanafi berikan seperti ahli keluarganya sendiri membuatkan aku lebih selesa dan secara tidak langsung aku telah menganggap Ustaz seperti ayahku sendiri.

Pada 7 hari pertama aku telah diberi minum air kelapa yang bertujuan untuk membuang segala penyakit yang ada di dalam badan.Alhamdulillah selepas selesai sesi itu aku dapat merasakan perubahan yang besar pada diriku.Bukan itu sahaja,aku juga telah diberikan didikan Agama di sana.Aku telah mula mendirikan solat dan berzikir.Kini ia telah menjadi amalan harian bagiku.Selama 14 hari aku di sana telah banyak mengubah corak hidupku.Alhamdulillah kini aku telah bebas dari kancah dadah dan telah mampu meringankan beban ibubapaku.Ribuan terimakasih aku ucapkan pada Ustaz atas usahanya merawat dan mendidikku.Jika aku mampu buat perubahan, mengapa tidak pada yang lain.Yang penting adalah tekad,usaha dan doa...Jangan lupa bimbingan daripada orang yang mengambil berat.Sekian...Wassalam.

Haz
Kuching,Sarawak.
Febuari 2011

Testimoni 1

Dengan ikhlas saya katakan bahawa dalam masa menagih dan juga waktu rehat dari menagih amat-amat berbeza di tempat-tempat lain.iaitu di penjara,lokap,serenti atau tempat swasta (iaitu tempat pemulihan).
Maka dengan ini saya menyatakan bahawa cara Tuan Guru Ustaz Haji Hanafi ini amat-amat berbeza; sebab setiap sesuatu yang dilaksanakan atau diberitahu ada maksud yang tersurat lagi tersirat.Syarat pertama-tama iaitu azam hati saya nak berubah;maka menjadi mudah untuk mencapai hajat kita,tak kira berapa lama kita menagih dan saya sudah menagih hampir 30 tahun,banyak wang dibazirkan.Jangan ditanya tentang family memang porak-peranda.
Keadaan apabila berada di bawah jagaan Tuan Guru amat berbeza sama sekali,saya merasa begitu kuat azam untuk berhenti,walaupun menderita akibat dari ketagihan.Alhamdulillah saya dapat hadapi setelah 7 hari menjalani perubatan yang diberi oleh T.Guru,tak sangka saya rasa begitu cepat sedar dari ketagihan,walhal kalau di luar memrlukan hampir-hampir 1 bulan atau lebih untuk merasai ketenangan dan kekuatan,tetapi di tempat Tuan Guru ini hanya selepas 7 hari sahaja.
Syukur Alhamdulillah segala-galanya telah berlaku dan cukup mengerikan bila saya mengingatinya.Sekarang saya bersama anak-anak saya yang comel-comel dan isteri saya yang cantik dan saya bahagia sebagai insan yang bebas dari cengkaman ketagih DADAH dan ROKOK. Untuk makluman pembaca semua umur saya Semasa saya menjalani rawatan pemulihan ketagihan dadah ini  telah pun mencecah 46 tahun,begitulah lamanya saya tenggelam dalam kehidupan yang gelap.Alhamdulillah dengan rawatan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh yang berbahagia Tuan Guru Ustaz Hj Hanafi saya kini dah pulih sepenuhnya dan dah kembali ke pangkal jalan yang benar.
Alhamdulillah......Amin.

Yang benar,
NOORHISHAM OSMAN
from K.Kangsar,Perak
with Love.
June 2009

Testimoni7

Saya bernama Abdullah berusia 32 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.Saya telah terlibat dengan ketagihan dadah ini dari tahun 1998 hinggalah 2010.MasyaAllah betapa besarnya dosa yang telah saya lakukan dan telah terlalu lama pula saya tenggelam di dalamnya.Saya betul-betul bersyukur kepada Allah s.w.t kerana saya tidak mati di waktu itu,kalau saya mati ketika menagih dadah alangkah malangnya nasib saya,mana lagi tempat saya melainkan Neraka yang penuh dengan azab." Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib diri kamu,melainkan diri kamu sendirilah yang mengubahnya dan bagi sesiapa yang benar-benar ingin berubah menjadi baik maka pasti Allah akan membantu dan menunjuk jalan-jalannya".... inilah mutiara kata yang sentiasa saya dengar dari mulut Ustaz Hj Hanafi sepanjang saya menjalani rawatan dengannya. Alhamdulillah.
Selama ini saya tidak sedar dengan keadaan diri saya yang cacat (lumpuh tangan kiri) dan dah berkahwin pula serta dikurniakan seorang cahaya mata yang comel sekali pun masih tidak mahu berubah...Astaghfirullah !!!!!! Nasib baik saya datang ke sini (Alor Setar) berjumpa dengan Ustaz Hj Hanafi yang saya dah anggap dirinya (Ustaz) seperti ayah saya sendiri.Beliau telah merawat dan mendidik serta melayan saya dengan penuh lemah-lembut dan kasih sayang sekali,tak sangka saya datang sebagai penagih dadah tapi ustaz layan seperti tetamu yang dikasihinya.
Alhamdulillah kini saya bebas dari dadah,bukan sahaja dadah tapi rokok juga saya tinggalkan sepenuhnya.Jutaan Terimakasih saya ucapkan untuk Ustaz Hanafi kerana dengan usaha ikhtiarnya tanpa jemu merawat dan mendidik saya sehingga saya berjaya melepaskan diri dari belenggu dadah dan rokok.Kini hidup saya terasa sungguh tenang dan bahagia sekali.Saya juga rasa terhutang budi pada kedua ibubapa dan keluarga saya serta abang angkat saya yang tidak putus asa berusaha untuk memulihkan saya. Kepada sesiapa yang menghadapi masalah ketagihan dadah dan ingin berhenti maka saya mengesyorkan pergilah buat rawatan di tempat Ustaz Hj Hanafi,InsyaAllah anda akan dibantunya untuk bebas dari dadah.
Percayalah bahawa DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN !

Sekian dan wassalam dari saya,
Abdullah K.Lumpur.
March 2010

Pusat Pemulihan Dadah
Secara Tradisional Islam
( Eksklusif & Intensif )
  " Insya ALLAH Rawatan Ini Teristimewa Buat Mereka Yang Benar-Benar Ikhlas Untuk Pulih Dan Berubah  Serta Memulakan Hidup Baru"