Testimoni 7

Saya seorang lelaki berasal dari Negeri pantai barat semenanjung Malaysia yang berkelulusan dari salah sebuah IPTA tempatan dan mempunyai ijazah dalam bidang komputer,saya telah terjebak dengan penyalah-gunaan dadah ini sejak di IPTA lagi yang bermula dengan ganja hinggalah melarat kepada Syabu dan Heroin.Saya telah cuba beberapa cara untuk memulihkan diri saya namun gagal.Saya dah tak mampu untuk menanggung kos dadah yang mencecah sehingga  RM100 lebih sehari,nasib baiklah isteri saya berkerjaya,kalau tidak tak taulah macam mana hidup saya dan anak-anak saya.
Dengan bantuan beberapa orang ahli keluarga saya termasuk isteri saya maka saya dibawa bertemu dengan Ustaz Hj Hanafi untuk menjalani proses rawatan ketagihan dadah.
Alhamdulillah dalam tempoh 14 hari sahaja saya kini dah pulih sepenuhnya.Saya cukup gembira dan tenang kini.Untuk maklumat semua saya berumur 36 tahun.Saya dah terlibat dengan ketagihan dadah ini selama lebih kurang 14 tahun.Rawatan di tempat Ustaz Hanafi sangat selesa dan berkesan sekali.

Testimoni 2

Assalamualaikum !
Nama saya Ab Rahman Bin Basiran,berumur 24 tahun dan saya berasal dari salah sebuah daerah Kota Tinggi di dalam Negeri Johor.Saya mempunyai 8 orang adik-beradik dan saya anak yang ke 7.Namun begitu sayalah yang paling ingkar dan tak dengar nasehat  keluarga ,akhirnya saya terjebak dengan najis DADAH .
Pada mulanya hanya dengan merokok sahaja,lepas itu saya mula berani ambil GANJA.Lama-kelamaan saya rasa bosan dengan ganja, lalu seterusnya saya ambil pula dadah jenis SYABU.Akibat dari itu saya terus setia menjadi penagih dadah syabu.Walaupun saya menjadi petagih dadah syabu,tapi dalam hati saya tetap bertekad untuk berhenti dari ketagih dadah ini.Tapi apakan daya saya tidak mampu melepaskan diri dari jerat dadah ini.Saya rasa seolah-olah tiada jalan lagi untuk saya berhenti atau berubah.Namun begitu saya yakin Allah s.w.t maha mengetahui rasa hati dan niat saya itu,Alhamdulillah akhirnya dengan bantuan keluarga dan di atas kehendak diri saya sendiri saya dihantar ke tempat Rawtan Tradisional Secara Islam ini yang dikendalikan oleh Ustaz Hj Hanafi di alor setar kedah.
Saya telah diperkenalkan kepada Ustaz Hj Hanafi dan saya kagum dengan layanan mesranya pada saya,seolah-olah saya ini bukan seorang penagih.Di sinilah dia membimbing saya bagaikan seorang tetamunya.Saya terasa mudah menerima rawatan dan nasehat yang diberikannya,jiwa saya yang dulunya terasa kosong kini lebih tenang dan tenteram,Alhamdulillah !.
Saya sangat-sangat teruja menjalani rawatan di sini,kerana ianya dalam suasana yang begitu selesa dan gembira sekali,Alhamdulillah !.
Saya sangat bersyukur kepada Allah s.w.t dan saya juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada Ustaz Hanafi yang sudi menerima saya dengan merawat dan memberi kursus serta nasehat penuh kepada saya.Tak lupa juga pada ahli keluarga saya,teman istimewa dan terutamanya abang saya ( Mohd On dan Najib) yang tak pernah jemu memberi sokongan,bantuan dan peluang kepada saya untuk berubah,Alhamdulillah !.......MASIH ADA ORANG YANG MASIH MENYAYANGI SAYA LAGI.
Akhir kata dari saya: SESUNGGUHNYA DADAH ITU MENDATANGKAN KESAN YANG SANGAT BURUK KEPADA YANG MENCUBANYA !!.

Yang ikhlas
maman,
(BELIA BENCI DADAH)


Testimoni 3

Assalamualaikum !
Nama saya Tajudin B.Hashim dan berumur 45 tahun.Saya berasal dari salah sebuah kampung di Daerah Kg Gajah,Telok Intan,Perak.Saya mempunyai 8 orang adik-beradik dan saya anak yang ke 5.Dalam  pelajaran saya belajar hingga ke tingkatan Enam.
Dalam semua adik-beradik sayalah yang paling nakal serta degil tidak mendengar nasehat orang tua dan keluarga,yang akhirnya saya telah terjerumus ke lembah ketagihan dadah yang hina ini.Pada awal-awalnya dulu saya bermula dengan menghisap rokok,selepas itu saya terlibat pula dengan ganja dan setelah tidak puas dengan ganja lagi saya terus beralih pula ke DADAH HEROIN. Untuk pengetahuan semua saya telah terjebak dengan ketagihan dadah ini selama 25 tahun hinggakan saya telah dibuang kerja dengan kerajaan sebanyak 3 kali.Namun begitu dalam masa yang sama ada juga saya cuba untuk berhenti,tapi apakan daya tiada kekuatan untuk saya berhenti,selama 25 tahun itulah hidup saya telah musnah kerana DADAH.

Akhirnya dengan rasa keinsafan dan kesedaran diri sendiri lalu saya telah pergi berubat dengan Ustaz Hanafi di Alor Setar,kedah. Di sinilah  saya telah diberi pemulihan dan perawatan zahir dan batin secara tradisional Islam dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran.Di sini saya dibimbing , diberi tunjuk ajar secara dekat dan secara penuh kasih sayang.Di sini juga suasana persekitarannya amat begitu sesuai sekali.Keadaan di sini begitu tenang dan selamat.

Di kesempatan ini saya meluahkan kesyukuran saya yang tidak terhingga pada Allah s.w.t yang masih memberi peluang untuk saya berubah kepada yang lebih baik dan saya juga nak mengucapkan  berbanyak-banyak terimakasih pada Ustaz danAkak (Isteri Ustaz)  kerana telah menjaga saya dengan begitu baik sekali sepanjang saya menjalani pemulihan ini.

Pada Ustaz Hanafi saya takkan lupakan jasa ustaz sampai bila-bila hingga ke akhir hayat saya di atas perawatan yang diberinya serta nasehatnya yang benar-benar menyentuh hati kecil saya. Terus terang saya katakan Lilla hita'ala saya kini telah pulih dengan jayanya.

Tak lupa juga saya sangat-sangat terhutang budi pada ibu saya,kakak saya serta abang ipar saya yang telah bertungkus-lumus berusaha membantu saya untuk pulih dari ketagihan dadah ini.Saya juga mohon jutaan ampun dan maaf dari ibu,bapa dan kakak serta abang ipar saya kerana selama ini saya dah banyak menyusahkan mereka, kini saya berjanji tidak akan mengulangi lagi dengan perbuatan menagih najis dadah dan rokok. Saya pasti saya tidak akan mengulanginya lagi hinggalah ke akhir hayat saya.
Pesan saya pada kawan-kawan yang masih lagi terlibat dengan penagihan dadah ini,jika ada kesedaran dan keinsafan....datanglah berubat dengan Ustaz hanafi ini.Insya Allah ustaz akan berusaha menolong kita agar bebas dari jerat dadah durjana ini.Cukuplah kawan-kawan semua,marilah kita menjadi manusia yang sempurna di sisi Allah s.w.t semula,ayuh teman mulakan langkah pertama anda.

Kepada yang masih belum terlibat,pesan saya: JANGAN SEKALI-KALI ANDA MENCUBA BENDA JAHANAM INI,JIKA ANDA CUBA JUGA MAKA SUDAH PASTI HIDUP ANDA AKAN HANCUR MUSNAH...INGAT....BERWASPADA LAH SELALU DALAM MEMILIH KAWAN.

Alhamdulillah, setelah saya buat rawatan dengan Ustaz Hj Hanafi  semangat saya bertambah  kuat untuk meneruskan  kehidupan yang lebih sehat.

Sekian dari saya.




Testimoni 4
Assalamualaikum !
Saya Mohd Azham Bin Saidin,umur 32 tahun,berasal dari Negeri Kedah.Saya anak yang bongsu dari 6 adik-beradik,hanya saya seorang saja yang terjebak dengan penagihan dadah durjana tu. Pada mulanya saya boleh terjebak dengan gejala dadah ini adalah melalui rokok.Mula-mula saya ambil rokok lepas tu hidu gam pula untuk lebih khayal,lepas gam ambil ganja pula.

Selang tak berapa lama lepas itu saya beralih pula pada dadah yang lebih berat ia itu Heroin pada tahun1995.Pada mula saya hanya secara sedut sahaja.Ahli keluarga pada masa itu belum dapat mengesan perbuatan terkutuk saya tu,akhirnya pada suatu hari saya kena tangkap oleh pehak polis barulah keluarga tahu.Dengan tidak berlengah lagi saya pun dimasukkan ke pusat Serenti rawang,Selangor sehinggalah pada tahun1999 saya dibebaskan.Semasa dalam pusat Serenti itu saya dapat pengalaman yang jahat dari kawan-kawan yang ada bersama saya di Pusat serenti itu,dari situlah saya dapat belajar cara suntik Heroin pula.Setelah saya dibebaskan saya pun jadi lebih liar dan mula guna jarum suntikan untuk ketagihan dadah Heroin.
Pada tahun 2002 keluarga saya hantar saya ke selatan Thailand untuk menjalani rawatan penagihan dadah,tapi rawatan di sana menggunakan dadah gantian iaitu Mathedon.Setelah bebarapa lama di sana maka saya di bawa pulang ke kampung saya semula.Tapi nasib saya kembali malang,kerana saya mula balik menagih dadah.Oleh kerana itu tahun demi tahun saya berulang kali ditangkap oleh pehak polis akibat terlibat dengan pelbagai kes buruk seperti kes samun,curi,dadah dan lain-lain kes, ini semua disebabkan nak cari duit untuk beli dadah,tapi saya dibebaskan kerana diikat jamin oleh ahli keluarga.Namun begitu saya tidak serik-serik juga.

Ekoran dari itu saya sekali lagi dihantar oleh keluarga ke pusat rawatan dadah secara tradisional di Pondok Remaja  Inabah di Negeri Kedah juga.Saya berada di sana selama 6 bulan dari penghujung tahun 2007 hingga ke pertengahan tahun 2008.Pengalaman saya semasa di sana ialah pada 2 minggu pertama saya ditempatkan di bilik khas yang dipanggil Detox (macam lokap jugalah).Kemudian susulan rawatan dengan mandi taubat pada setiap pukul 3.30 pagi,lepas tu solat taubat,solat hajat,solat tahajjud,witir  dan solat fardhu, itu sahaja selama 6 bulan.

Setelah 6 bulan saya pun keluar dari Pusat Inabah tersebut,tapi malangnya tak sampai 3 hari saya kembali semula kepada tabiat buruk saya menagih dadah.Namun begitu ahli keluarga saya iaitu ayah,abang dan ibu saya tidak pernah putus asa dalam berusaha nak memulihkan saya,maka oleh kerana itu sekali lagi saya di bawa oleh mereka untuk berubat.Kali ini saya dibawa berubat dengan Ustaz Hj Hanafi di Alor setar,Kedah.
Pada peringkat awalnya saya berbelah- bahagi untuk berubat atau pun tidak dengan Ustaz hanafi ni,namun atas dorongan ahli keluarga terutama abang dan ayah saya,saya paksa diri saya untuk pergi berubat dengan Ustaz Hanafi.Saya sangkakan cara rawatannya sama saja dengan lain-lain tempat yang pernah saya pergi,tapi Saya dapati cara rawatan Ustaz Hanafi ini terlalu berbeza dengan rawatan-rawatan yang pernah saya lalui sebelum ini.Saya dilayan dengan baik sekali,dia layan saya bukan seperti seorang penagih tapi saya dilayan sebagai seorang tetamu yang dihormati dan disayangi, saya sangat-sangat rasa terharu.Bukan itu sahaja,tapi tempat penginapan pun terlalu selesa bagi saya,seolah-olah seperti duduk dalam hotel pula rasanya...ada aircorn,peti ais,tilam yang empuk dan lain-lain kemudahan yang sangat selesa.

Cara-cara rawatannya juga amat berkesan sekali.Saya hampir-hampir tidak percaya yang saya ini boleh sembuh dan terlepas dari jerat dadah, tapi kini Alhamdulillah saya telah pulih sepenuhnya dan berasa dapat kehidupan baru serta ketenangan hati yang belum pernah saya rasai selama ini.Oleh itu saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada Ustaz kerana sudi menerima dan bersusah payah merawat saya selama 2 minggu.Juga saya sangat terhutang budi pada ahli keluarga saya yang terus berusaha tanpa jemu-jemu untuk mengubati saya.Saya berjanji dengan nama Allah bahawa saya tidak akan mengulangi lagi perbuatan terkutuk itu.

Kepada sesiapa yang ada niat nak berhenti dari ketagihan dadah,maka saya syorkan datanglah ke tempat Ustaz Hj Hanafi,InsyaAllah beliau akan berusaha memulihkan kita.

Sekian dari saya.
Testimoni 5
Saya seorang penagih dadah yang tegar daripada Negara Singapura.Kehidupan saya di sana sederhana sahaja.Untuk melupakan dadah itu amat sukar sekali bagi saya hingga saya datang ke Kedah ini untuk menjalani rawatan pemulihan dengan Al Fadhil Ustaz Hj Hanafi.Saya telah 4 kali masuk ke dalam Pusat Pemulihan Dadah di Singapura.Kehidupan saya sebagai penagih dadah ia tidak kira haram atau halal,asalkan dapat najis dadah sudah kira OK.
Sudah cukuplah,saya tidak payah menceritakan panjang lebar lagi,semua cerita kita (penagih) sama sahaja.Bangun pagi pergi bilik air charge battrey (ambil dadah),tengah hari nanti lagi sekali dan malam charge lagi... cukup membosankan.Sudah cukup masa saya dengan khayalan ini selama 30 tahun lamanya.Seperti yang dikata: " Kalau tak mahu,katakan tidak ",wow..nampak macam senang.Tapi Alhamdulillah setelah saya menjalani rawatan dengan Al Fadhil Ustaz Hj Hanafi ini saya dengan izin Allah s.w.t mampu meninggalkan perbuatan menagih dadah ini,bukan sahaja dadah yang boleh saya tinggalkan bahkan rokok juga telah saya tinggalkan.Umur saya sekarang ialah 45 tahun,saya ada isteri dan beberapa orang cahayamata.Selepas ini Saya akan cari jalan terus bagaimana untuk katakan..." Tidak...Tidak...Tidak kepada dadah ".
Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih saya pada AlFadhil Ustaz Hj Hanafi kerana disebabkan usaha ikhtiar beliau lah saya kini bebas dari ketagihan dadah dan rokok dengan izin Allah s.w.t. Syukur Alhamdulillah.

Sekian dari saya,
Syed
Singapura
20-06-2009.
Testimoni 6
" Aku dah letih nak wayang-wayang dengan setiap manusia yang aku bersemuka, tak daya dah ni sebenarnya,Hipokrik dengan diri sendiri,tapi nak buat macam mana ? tak kan nak bukak pekung " .. kata Si Frz ni setiap hari....( selama 15 tahun " chasing the dragon" ) umur pun dah cecah 35 tahun... kerja pun dah tak boleh nak fokus ! Anak makin membesar ! Takkan nak bahayakan life mereka.....
Sesungguhnya Allah s.w.t maha mendengar rintihan aku ini setiap hari,di mana aku harus berubat ? macam mana nak tahan ? Alhamdulillah dengan izinnya aku ditempatkan di sini (Pusat Rawatan Dadah Ustaz Hj Hanafi).Dengan bantuan Ustaz Hanafi, aku pun merelakan diri ini dirawat olehnya serta aku bertawakkal ajelah pada Allah.Takkan sampai mati aku harus memperhambakan diri pada dadah Heroin,Meth,Suboxone !!!.
Maybe aku bukan seorang penulis ! Tapi apa yang aku harapkan dan dapat rasakan is speechless ! Setelah menjalani rawatan di sini aku terasa nikmatnya hidup ini tanpa dadah,badan aku terasa clean,otak kembali cergas dan hatiku kembali tenang.Telah lama aku tidak dapat rasakan hidup setenang dan secergas sekarang ini.Aku rasa sangat-sangat terhutang budi pada Ustaz Hanafi yang sudi menerima aku untuk dirawat serta melayan aku dengan lemah-lembut dan penuh kasih sayang,tak sangka Ustaz sudi melayan aku bukan sebagai seorang penagih tapi sebagai seorang tetamu yang dihormati.
Percayalah Ustaz...aku akan pegang segala nasehat dan tunjuk ajar yang ustaz berikan padaku.Aku nekad tidak akan kembali kepada dadah lagi hingga ke akhir hayatku....Insya Allah.

# "TEPUK DADA,TANYALAH SELERA.......KALAU DAH NEKAD,MESTI DAPAT...."
   Dalam masa 2 minggu,mungkin tiada sesiapa pun boleh terfikir dan percaya yang
        seorang penagih akan pulih sepenuhnya.....
       Aku keliru menjadi buntu,arah yang ingin dituju.Rasa resahku kian celaru dengan rela ku tempuhi jua...!!!
       Aku cuma mahukan bayangan resahku menghilang,tapi keadaan memaksaku hadapi semua....
       INIKAH REVOLUSI ATAU HANYA ILUSI ? YANG NYATA MIMPIKU JADI REALITI
       ( aku telah bebas dari dadah dan rokok).
       TQ...TQ....TQ...... Ustaz !!!!!!!!
Hamba Allah yang bertaubat,
frz kedah.
March 2010
Testimoni1
Saya bernama Mohd Faizal berusia 32 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.Saya telah terlibat dengan ketagihan dadah ini dari tahun 1998 hinggalah 2010.MasyaAllah betapa besarnya dosa yang telah saya lakukan dan telah terlalu lama pula saya tenggelam di dalamnya.Saya betul-betul bersyukur kepada Allah s.w.t kerana saya tidak mati di waktu itu,kalau saya mati ketika menagih dadah alangkah malangnya nasib saya,mana lagi tempat saya melainkan Neraka yang penuh dengan azab." Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib diri kamu,melainkan diri kamu sendirilah yang mengubahnya dan bagi sesiapa yang benar-benar ingin berubah menjadi baik maka pasti Allah akan membantu dan menunjuk jalan-jalannya".... inilah mutiara kata yang sentiasa saya dengar dari mulut Ustaz Hj Hanafi sepanjang saya menjalani rawatan dengannya. Alhamdulillah.
Selama ini saya tidak sedar dengan keadaan diri saya yang cacat (lumpuh tangan kiri) dan dah berkahwin pula serta dikurniakan seorang cahaya mata yang comel sekali pun masih tidak mahu berubah...Astaghfirullah !!!!!! Nasib baik saya datang ke sini (Alor Setar) berjumpa dengan Ustaz Hj Hanafi yang saya dah anggap dirinya (Ustaz) seperti ayah saya sendiri.Beliau telah merawat dan mendidik serta melayan saya dengan penuh lemah-lembut dan kasih sayang sekali,tak sangka saya datang sebagai penagih dadah tapi ustaz layan seperti tetamu yang dikasihinya.
Alhamdulillah kini saya bebas dari dadah,bukan sahaja dadah tapi rokok juga saya tinggalkan sepenuhnya.Jutaan Terimakasih saya ucapkan untuk Ustaz Hanafi kerana dengan usaha ikhtiarnya tanpa jemu merawat dan mendidik saya sehingga saya berjaya melepaskan diri dari belenggu dadah dan rokok.Kini hidup saya terasa sungguh tenang dan bahagia sekali.Saya juga rasa terhutang budi pada kedua ibubapa dan keluarga saya serta abang angkat saya yang tidak putus asa berusaha untuk memulihkan saya.
Kepada sesiapa yang menghadapi masalah ketagihan dadah dan ingin berhenti maka saya mengesyorkan pergilah buat rawatan di tempat Ustaz Hj Hanafi,InsyaAllah anda akan dibantunya untuk bebas dari dadah. Bagi sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman rawatan dengan saya,bolehlah menghubungi saya di Talian : +60173957770.
Percayalah bahawa DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN !
Sekian dari saya,
Wassalam.
Mohd Faizal
K.Lumpur.

Alangkah jijik dan bahayanya perbuatan ini  ( Ini hanyalah gambar hiasan sahaja).
Ini adalah dadah perosak diri dan kehidupan di Dunia dan Akhirat.
Alangkah malang dan ruginya kehidupan yang sebegini rupa. Ini hanyalah ganbar hiasan sahaja.
Kemudahan yang disediakan:
Makan & minum disediakan.Tempat penginapan yang selesa ada penghawa dingin, peti sejuk,tv.
Makanan/minuman ringan 24 jam.Kemudahan bilik tidur yang selesa.Pakaian didobikan dan lain-lain kemudahan yang sesuai.Pesakit hanya duduk berehat sepenuhnya sambil menjalani rawatan.InsyaAllah penagih akan dapat dipulihkan sepenuhnya.



ALAMAT:
NO.1932-C ,
JALAN STADIUM,
05100 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN,
MALAYSIA.
(Berhadapan Dengan Komplek Kolam Renang MBAS)

EMAIL :
prist2u@yahoo.com.my
TALIAN:
+60195424161

PENTING:
Jika Tuan/Puan/Saudara/Saudari  berminat atau inginkan sebarang penjelasan,silalah hubungi Ustaz Hj Hanafi di talian atau melalui Email di atas

SYARAT UTAMA RAWATAN IALAH :
Mestilah Si Pesakit ( Si Penagih) tersebut dengan rela hati  untuk menjalani rawatan.
Utama          Gambar Proses Rawatan          Testimoni 1             Testimoni 2              Testimoni 3           Testimoni 4               Rencana
Rawatan 
Tradisional Secara Islam
(Pemulihan Ketagihan Dadah)
Utama           Gambar Proses Rawatan               Testimoni 1              Testimoni 2               Testimoni 3               Testimoni 4               Rencana