Testimoni 8

Assalamualaikum w.b.t !
Nama saya Hazman Bin Sabtu,berumur 22 tahun dan telah mendirikan rumahtangga.Saya datang dari keluarga yang sederhana.Hidup saya diliputi penuh masalah peribadi.Saya menetap di Pulau Pangkor,Perak Darul Ridzuan.Saya telah bergelumang dengan najis dadah ini selama 9 tahun sejak di bangku sekolah lagi.

Saya masih ingat lagi ketika itu usia saya baru 14 tahun ( sekolah tingkatan 2) saya dah mula berjinak-jinak dengan rokok dan ganja.Saya sanggup kumpul duit belanja sekolah hari-hari yang diberi oleh ibubapa saya  untuk membeli ganja,setelah itu saya beralih  ke pil Ecstasy pula.Sehinggalah pada suatu hari ketika saya berumur 16 tahun ( sekolah tingkatan 4) telah mengubah sejarah hidup saya.Pehak AADK (Agensi Anti dadah Kebangsaan) dan pehak PDRM (Polis Diraja Malaysia) unit anti narkotik telah membuat operasi mengejut ujian air kencing di sekolah saya.Air kencing saya didapati positif dadah,dengan itu saya dikenakan pemerhatian oleh AADK dan PDRM selama 2 tahun.Ketika itu darah muda,saya tetap menagih dadah lagi walaupun saya masih berada dalam pemerhatian pehak AADK dan PDRM.Ekoran dari itu saya telah ditahan reman selama 3 hari,selepas itu barulah saya berhenti menagih dadah.

Apabila pemerhatian AADK dan PDRM terhadap saya telah tamat,saya terjebak kembali dengan penagihan dadah.Mula-mula dengan ganja,pil ecstasy,K (snap hidung,serbuk) dan syabu.Boleh dikatakan setiap hari saya menagih dadah dan berada dalam keadaan khayal.Sehari tak kurang RM50 ke RM80 saya habiskan untuk dadah,jika ada duit lebih saya akan menghabiskan dalam sekitar RM100 hingga RM200 sehari untuk membeli dadah.

Sehinggalah pada suatu pagi  ( 6/11/2008) sekali lagi berlaku peristiwa yang mengubah kehidupan harian saya.Iaitu pehak PDRM Anti Narkotik manjung 6 ke 7 orang datang menyerbu ke rumah saya,kebetulan pada hari itu saya tidak bekerja.Rupa-rupanya mereka telah sekian lama mengekori saya,kerana saya mempunyai rekod yang lampau.Saya pun ditahan reman selama 14 hari.
Ketika saya di lokap,isteri dan keluarga saya datang menjengok saya dan memberitahu bahawa isteri saya telah hamil 1 bulan 2 minggu.Semasa saya dapat berita itu sepatutnya saya berasa gembira,tetapi di hati saya hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu kerana saya dapat berita baik itu di tempat yang tidak sepatutnya saya berada.

Kemudian dari itu pada 18/11/2008 saya menghadiri perbicaraan di mahkamah dan pehak Hakim telah menjatuhkan hukuman keatas saya agar saya dimasukkan ke Pusat SERENTI, tetapi Alhamdulillah saya telah diselamatkan oleh AADK agar saya berada di bawah pengawasan mereka.Alhamdulillah sekali lagi saya ucapkan  kerana Allah s.w.t telah menolong saya agar saya tidak dimasukkan ke SERENTI.Ekoran dari itu sekali lagi saya berada di bawah pemerhatian pehak AADK dan PDRM.
Sebaik sahaja saya keluar dari lokap,ibu/bapa saya telah mengaturkan temujanji saya dengan Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid di Alor Setar,Kedah untuk menjalani rawatan pemulihan dadah dengannya.Saya dikenakan tinggal bersama Ustaz Hj Hanafi selama 14 hari.Setiap pagi saya menjalani rawatan dengan meminum air kelapa muda yang telah didoakan oleh Ustaz.Bila saya minum air kelapa itu saya terus muntah,muntah yang keluar adalah berupa serbuk-serbuk putih iaitu saki-baki dadah yang ada dalam badan saya.Saya minum air kelapa itu selama 7 hari berturut-turut dan 7 hari lagi Ustaz memberi Tazkirah dan mengubati saya secara batin pula yang menggunakan ayat-ayat Al Quran dan Do'a.

Alhamdulillah ! Semenjak saya berada di tempat Ustaz ini saya tidak lagi berasa gian dan ketagih terhadap dadah.Yang peliknya semenjak saya berada di tempat Ustaz ini saya tidak pernah meninggalkan sembahyang 5 waktu,jika dahulu saya sangat liat hendak menunaikan sembahyang 5 waktu ni.Tetapi di tempat Ustaz ni secara automatik saya bangun mengerjakan sembahyang setiap waktu pada setiap hari.Yang pelik lagi ialah Ustaz tidak pernah pula memaksa saya mengerjakan sembahyang,tetapi ianya datang dari hati saya sendiri untuk mengerjakan sembahyang.Alhamdulillah ! dengan rahmat ALLAH s.w.t dan dengan usaha Ustaz merawat serta membantu saya,kini saya telah bebas sepenuhnya dari ketagihan dadah dan saya dah tidak teringin lagi dan tidak akan kembali lagi kepada dadah buat selama-lamanya.

Untuk renungan kita bersama: Jika nak dihitung duit yang telah saya habiskan untuk dadah dan rokok mungkin dengan duit itu saya telah dapat membeli sebuah rumah/kereta/motorsikal, bayangkanlah sehari habis RM50,RM80,RM100 atau RM200.Saya dah hitung-hitung hampir-hampir RM200,000.00 semuanya atau pun mungkin lebih lagi.Alangkah bodoh dan ruginya saya dahlah duit habis,kena pula tangkap sebanyak 3 kali.Saya telah banyak membazirkan masa dan wang ringgit untuk berkhayal serta menjadikan hati ibu dan ayah serta keluarga saya kecewa dan derita kerana saya.

Tetapi bila berada bersama Ustaz Hj Hanafi, hati saya mula berubah dan tenang.Terimakasih di atas dorongan Ustaz,saya amat menghargai jasa dan pertolongan Ustaz dalam memulihkan saya untuk tidak kembali kepada dadah,TERIMAKASIH USTAZ !!!.

Tidak lupa juga saya berasa terhutang budi sangat-sangat kepada kedua ibubapa saya dan ahli keluarga saya yang tidak pernah jemu-jemu berusaha untuk memulihkan saya.

Kepada sesiapa yang mempunyai anak atau ahli keluarga yang mempunyai masalah penagihan dadah seperti saya ini,saya syorkan pergilah berubat dengan Ustaz Hj Hanafi ni.

Akhir kata saya pada bro-bro semua, hentikanlah kegiatan menagih benda-benda yang tak sepatutnya tu.Sesungguhnya ianya langsung tidak memberi kebaikan kepada kita walaupun sebesar habuk,bahkan ianya membawa kemusnahan hidup kita di dunia dan akan mendapat azab neraka pula di akhirat nanti.

Saya kini Alhamdulillah, saya sedang bekerja di sebuah Chalet Penginapan di Pulau Pangkor,Perak.

"  Terlajak Perahu boleh diundur,
    Terlajak Kata sentiasa berada di ingatan,
    Terlajak perbuatan menjadi pedoman,
    Terlajak Iman Jawablah dengan Tuhan"

Sekian secebis catatan dari Hamba  yang lemah,
Hazman Bin sabtu.


Testimoni 9

Assalamualaikum !
Saya Khalid Bin Mohamad berasal dari Terengganu anak kelima daripada 5 adik-beradik.Dengan izin Allah s.w.t pada hari ini saya ingin menceritakan kisah hidup saya ketika terlibat dengan dadah.Bagi saya ianya amat pedih untuk diluahkan,tapi untuk dijadikan satu pedoman kepada sahabat-sahabat terutamanya remaja,lapangkanlah sedikit masa dengan saya untuk berkongsi pengalaman pahit dalam hidup saya ini.

Sejarah hitam itu bermula dari saya di bangku sekolah lagi sewaktu berumur 15 tahun.Oleh kerana darah muda ingin mencuba sesuatu yang baru maka saya terus terjebak dengan najis dadah.Dengan pengaruh kawan-kawan bermula dari merokok,lama-kelamaan ingin pula mencari satu kelainan untuk memenuhi kepuasan nafsu.

Pada masa itu dadah adalah segalanya bagi saya,penghibur,pengubat... apatah lagi bila tertekan dengan sesuatu masalah.Bagi saya pada waktu itu dadah adalah Raja segala-galanya.Tapi rupa-rupanya dadah bukanlah penghibur,pengubat atau pun penyelamat, tapi ia merupa racun dan pemusnah kehidupan di dunia dan akhirat.Setelah bertahun-tahun hidup dengan dadah dunia sudah tidak bermakna lagi,bak kata pepatah " bangkai bernyawa",hidup jadi tak keruan dan porak-peranda dan tiada masa langsung untuk Allah s.w.t,hidup semata-mata memperhambakan diri pada dadah.Apa yang disangkakan selama ini adalah salah rupanya.

Pada suatu ketika saya ditangkap polis kerana dadah,apa yang saya rahsiakan selama ini terbongkar.Dari situlah keluarga semua tahu kemana duit belanja saya habiskan.Ekoran dari itu saya dihantar ke pusat SERANTI,tetapi hanya beberapa bulan saja saya di situ,saya bersama dua orang kawan lagi melarikan diri.Tapi nasib tak menyebelahi saya,saya ditangkap semula di tengah jalan,lalu saya dipenjarakan.Setelah dibebaskan saya hanya boleh bertahan 6 bulan sahaja lepas tu kembali semula ke penjara,.Walaupun kerap kali keluar masuk penjara namun tiada keinsafan yang jitu,jika ada pun hanyalah buat sementara sahaja malah bertambah buruk lagi disebabkan pergaulan dalam penjara membuatkan saya lebih jahat lagi, dari seorang penagih hingga menjadi pula seorang penjenayah.

Dipendekkan cerita,kali terakhir bebas dari penjara terdetik di hati untuk meninggalkan semuanya itu setelah 13 tahun menjadi hamda DADAH.Kawan baik saya mati kerana DADAH ,dari situlah membuatkan saya bersemangat untuk kembali ke pangkal jalan.Dengan dorongan keluarga  terutamanya kakak saya yang tak putus-putus memberi semangat,dorongan...saya akur dari satu tempat ke satu tempat berikhtiar untuk berubat,tapi...... tidak berhasil.

Alhamdulillah ! kini saya dibawa bertemu dengan Ustaz Hj Hanafi di Alor Setar,Kedah...walaupun jauh dari kampung saya...tidak menjadi masalah kerana kebaikan kami sekeluarga setuju untuk pergi.

Masa rawatan ditetapkan selama 14 hari.Saya tinggal bersama dengannya,dengan kerelaan hati saya bersetuju.Syukur Alhamdulillah kini saya sudah pulih sepenuhnya dalam masa yang terlalu singkat.Cara di sini tidak seperti di tempat lain....caranya terlalu berbeza sekali. Dengan berkat doa Ustaz tidaklah saya   menanggung  kesakitan yang lama,tapi hanya 3 hari sahaja,Yang hairannya ianya tanpa mengambil sebarang ubatan atau pun ubat tahan sakit.

Tempat tinggal ,makan minum dan pakaian dilayan seperti ahli keluarga sendiri.Kini saya berasa sangat tenang,fikiran tidak berserabut lagi dan saya dapat kembali semula pada diri saya yang asal.Saya dulunya tidak bersembahyang,kini saya dah mula tunaikan sembahyang 5 waktu dengan penuh taat,sayang rasanya jika tak buat.Ustaz tidak pernah memaksa saya bersembahyang,tapi saya boleh buat...itulah yang ajaibnya.

Dengan tunjuk ajar dari Ustaz saya boleh tinggalkan dadah dan maksiat yang lain serta dapat pula saya mendirikan sembahyang 5 waktu.Terimakasih sekali lagi pada Ustaz dan keluarga yang sanggup membantu saya,semoga dengan usaha ustaz... Allah memberi keredhaan pada ustaz dunia dan akhirat.

Ingatlah kawan-kawan... TIDAK SIAPA YANG BOLEH MERUBAH DIRI KITA MELAINKAN DIRI KITA SENDIRI YANG MERUBAHNYA, KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN SELAGI PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA !!.

"INGATLAH....
DIMANA ADA KEMAHUAN,
DI SITULAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA..."



Testimoni 10

Assalamualaikum !
Saya Wan ( bukan nama sebenar) berasal dari Negeri Kelantan,saya anak yang ke dua dari tujuh orang adik-beradik.Di sini saya nak berkongsi cerita dengan masyarakat umum tentang kisah hitam kehidupan saya yang sangat pahit untuk ditelan.

Bermula dari umur 16 tahun saya telah mula ambil najis dadah iaitu PIL KUDA .Terjadinya semuanya ini ialah dengan sebab saya hisap rokok,dalam sehari saya habiskan 5 kotak rokok.Sebab terjebaknya saya dengan najis dadah  ini adalah dengan ajakan kawan-kawan dan perasaan ingin mencuba yang lahir dari diri saya sendiri.

Sewaktu menagih dadah saya ambil hingga lebih 15 biji pil kuda untuk melepaskan gian.Dalam sebulan  saya habiskan RM5,000.00 untuk beli pil kuda,jadi dalam masa 5 tahun saya dah habiskan wang untuk dadah hampir mencecah RM300,000.00.Alangkah membazirnya saya dan alangkah banyaknya dosa saya.Saya memang berniat untuk bertaubat dan berhenti dari perbuatan terkutuk ini,tapi saya tak berdaya.Sekarang umur saya dah 21 tahun,ini bermakna dah 5 tahun saya tersesat dalam kehidupan dari ajaran Allah s.w.t.

Dengan kesedaran diri sendiri serta pertolongan dari ahli keluarga saya telah dihantar ke satu tempat rawatan swasta (bukan tempat ustaz hj hanafi ni) selama 3 bulan di sana,tapi saya kecewa kerana di sana rawatannya hanya dengan makan ubat penenang (sejenis dadah gantian) dan ubat tidur untuk mematikan gian.Bila keluar dari tempat tersebut saya hanya boleh bertahan 1 bulan sahaja.

Ikhtiar punya ikhtiar,akhirnya keluarga saya telah terbaca tentang rawatan Ustaz Hj Hanafi di Internet.Sejurus dengan itu,saya terus dibawa ke Alor Setar,Kedah untuk menerima rawatan dari Ustaz Hj Hanafi.Saya pun mulalah menjalani rawatan di sini dan Alhamdulillah pada hari ke 5  tubuh saya dah rasa sehat kembali.

Dan kini saya telah sembuh sepenuhnya.Jutaan Syukur kehadrat Allah Ta'ala dan ribuan terimakasih pada Ustaz Hj Hanafi dan keluarga kerana dengan penjagaan dan rawatan yang saya terima darinya benar-benar berhasil dan berkesan rasanya.Saya nekad dan berjanji dengan diri sendiri menyatakan yang kesilpan ini tidak akan saya lakukan lagi di masa-masa akan datang....Amin ya Allah !.
Saya syorkan pada sesiapa nak berhenti dari dadah pergilah ke tempat Ustaz Hj Hanafi ini,InsyaAllah kita akan berjaya.
Sekianlah dari saya.




Testimoni 11 (Wanita)

Bismillahirrahmanirrhahim

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingganya kepada Allah S.W.T, akhirnya aku dapat menemui ketenangan yang aku cari selama ini. Aku ingin berkongsi kisah hidupku, dari saat aku mula mengambil dadah, hingga ke saatku berjaya melepaskan diri dari genggamannya - agar ia menjadi pedoman dan contoh kepada bukan sahaja penagih-penagih yang masih di luar sana, tetapi juga kepada mereka yang mempunyai orang-orang tersayang yang terlibat dengannya - rakan rakan, keluarga, suami, isteri, pasangan ataupun sesiapa saja yang mungkin satu masa dulu bermakna di dalam hidup mereka. Agar mereka tidak hanya membenci dan mencerca.

Aku Q, seorang wanita Melayu berusia 28 tahun. Sejak dari kecil, aku dibekalkan dengan pengetahuan dan ilmu agama yang cukup oleh ibu, sehinggalah aku dapat menjejakkan kaki ke universiti dan bergelar graduan. Aku menyangkakan dengan ilmu yang dibekalkan, aku akan dapat  menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan tapi malangnya, aku kecundang kepada nafsu dan bisikan syaitan. Aku jadi lalai dan lupa tujuan dan matlamat hidup aku yang sebenarnya.

Kehancuran hidup aku bermula apabila aku mula menghisap rokok bersama kawan-kawan semasa di zaman persekolahan. Setelah tamat persekolahan, aku mula mengenali apa itu ganja dan arak; pada mulanya hanyalah untuk mencari keseronokan bersama kawan-kawan apabila pergi ke kelab malam. Tanpa disedari, aku mula mengambil pill ecstasy di kelab, kononnya mengikut trend zaman sekarang. Pada mulanya, aku teragak-agak untuk mengambil pill ini, kerana sejak dari kecil aku memandang hina pada mereka yang menagih dadah - bagaikan bangkai bernyawa, menjadi hamba kepada ketagihan dan nafsu mereka. Tapi dengan sedikit pujukan, aku diyakinkan bahawa pill ini tidak membuatkan ketagihan dan hanyalah untuk memberi mood untuk berparty (enjoy) sahaja. Sejak dari itu,  aku mengambil pill ecstasy setiap kali keluar bersuka ria bersama kawan-kawan di kelab-kelab malam. Walaupun begitu, semua benda haram yang aku ambil pada waktu itu tidak memberi aku sebarang ketagihan. Aku rasa amat senang dengan kehidupan aku pada waktu itu, kononnya kerana aku berupaya mengawal pengambilan dadah yang aku suka, boleh memilih masa, keadaan dan cara untuk bergembira bersama kawan-kawan.

Namun ia tidak kekal lama apabila pihak berkuasa mula giat menjalankan operasi membanteras pengambilan dadah di kelab-kelab malam. Mereka melakukan ujian air kencing dan sesiapa yang memberikan ujian yang positive, akan dikenakan tindakan. Aku dan rakan-rakan menjadi takut untuk ke kelab malam. Keinginan untuk berhibur membuatkan kami mencari jalan baru untuk bergembira dengan mengadakan "house party". "House party" merupakan party yang dibuat di rumah, tetapi mempunya ciri-ciri sama seperti di kelab malam - muzik yang kuat, minuman beralkohol, pill ecstasy dan lain-lain lagi. Malah kegembiraan yang didapati kadangkala lebih dari dulu, kerana kami tidak lagi perlu mengikuti peraturan seperti yang ada di kelab-kelab malam. Beberapa kali, house party kami berterusan selama berhari-hari, siang atau malam dah tak dihiraukan lagi.

   Di "house party" inilah aku mula mengenali dadah yang dipanggil "ice", yang juga dikenali sebagai syabu, atau meth untuk singkatan kepada nama scientificnya, methamphetamine. Dengan iman dan pengetahuan yang cetek, aku mencuba dadah ini dengan anggapan ia juga merupakan salah satu dadah yang diambil hanya untuk memberi mood untuk berhibur. Pada mulanya, aku rasa gembira kerana badan menjadi rengan.Tetapi akhirnya membawa padah bagi kehidupanku.


8 tahun yang berlalu dalam hidup aku, selain dari waktu yang dipenuhi dengan menghisap meth ataupun mencari jalan untuk mendapatkan meth, setiap saat dipenuhi dengan kesalan dan perasaan belas kasihan - mengenangkan hidup yang telah disiakan. Jujur aku katakan, satu-satunya masa yang aku rela sepenuhnya untuk mengambil meth adalah pada jangka satu bulan yang pertama sejak pertama kali aku mencubanya. Selepasnya dari saat itu, aku mula hilang kawalan dalam diri aku. Bagaikan satu perperangan, antara hati dan selebihnya. Hati tertanya kenapa aku jadi manusia yang lemah, yang tunduk pada nafsu, yang sakitkan hati ibu, yang tak tahu malu, hati tertanya kenapa aku sia-siakan hidup yang nampak cerah satu masa dulu - sambil tangan aku laju menggoyangkan lighter dan bibir menyedut asap yang keluar dari corong kaca. 8 tahun aku hidup begitu, bagaikan hidup dalam penjara. Bagaikan diri dipaksa untuk membuat kerja hina. Setiap saat aku doa agar Tuhan ketemukan aku jalan keluar. Hampir semua sudah putus asa dengan ketegaran aku, hampir semua membenci aku. Tapi aku tak pernah tuding jari salahkan mereka, aku tahu aku banyak sakiti hati dan perasaan orang yang sayangi aku, dengan semua helah, segala penipuan.. Bukan tiada yang cuba membantu, tapi.. tiada satu pun yang mampu tarik aku..

Sehingga satu hari, seorang kawan perempuan aku, Z pulang dari luar negara; seorang yang berkerjaya dan berpelajaran. Dia tawarkan aku tinggal di rumahnya. Pada mulanya Z tidak mengetahui tentang aku dan meth, dia terima segala apa yang aku tipu tanpa rasa curiga. Sampai aku jadi kasihan, sebab dia banyak tolong aku. Sampai mulut aku sendiri buka pekung di dada. Z pada mulanya cuba melarang aku dari pergi ke tempat aku biasa mengambil dose seharian aku. Sehingga pergaduhan terjadi, kadangkala fizikal; aku memukul, dan dia, cuba menahan dari dipukul. Paling teruk, aku cakar tangan dia sampai berdarah, ada lima garisan panjang jadi petanda sampai bila-bila. Tidak sikit pun terniat di hati aku untuk cederakan sesiapa, dan menyakiti hati sesiapa. Meth telah buatkan aku jadi seorang yang berhati batu, buat aku hancurkan semua yang jadi perantara. Aku jadi seorang yang tiada perasaan. Belas, cinta, gembira, sedih, marah, suka, duka - semua aku tak rasa. Cara mengongkong aku dari keluar rumah cuma bertahan selama 3 hari. Z cuba cara lain. Dia beri aku green-light untuk buat kerja hina itu di rumahnya. Rutin harian, sambil aku menyedut dan menghembus asap mahal dari corong kaca di beranda, Z duduk di ruang tamu, menutup hidung dan mulut dengan tuala sambil memberitahuku lebih mendalam tentang meth. Tentang mereka yang berjaya melepaskan diri dari ketagihan, tentang cara-cara, tentang apa yang telah aku sia-sia, tentang apa yang akan terjadi jika aku terus menjadi hamba - semua tanpa marah, memaksa, atau menghina, tetapi dengan cara yang berbeza, dengan nada yang buat aku terus mendengar. Dia perkenalkan aku kepada beberapa cara untuk berhenti, menawarkan aku sokongan yang penuh.

Apabila diberitahu tentang cara rawatan secara rohaniah yang ditawarkan oleh Ustaz Hanafi, aku rasakan inilah rawatan yang aku perlukan. Hati aku yang selama ini kosong, perlu diisi kembali dengan asas hidup yang telah hilang sejak aku mula merosakkan hidup aku dengan dadah. Aku perlu mencari kembali matlamat hidup, agar aku tahu betapa ruginya jika aku sia-siakan kehidupan di dunia ini.Setelah aku pergi menemui Ustaz Hj Hanafi aku pun mulalah menjalani sesi rawatan dengan meminum air kelapa.Alhamdulillah aku telah memuntahkan segala saki baki  dadah yang berada dalam tubuh badanku.Setelah selesai menjalani rawatan meminum air kelapa itu,Ustaz meneruskan lagi untuk merawat minda dan hatiku.Dan inilah yang telah aku dapat dari bimbingan Ustaz Hanafi. Bimbingan dan curahan ilmunya, dengan lafaz lembut dan  nasihat yang penuh hikmah, membuatkan hati aku senang untuk menerimanya. Tidak perlu dipaksa, aku sendiri yang jadi benci pada dadah. Betapa lamanya hidup aku terbuang, oleh kerana ketagihan aku. Aku menyesal kerana aku tidak mendapat peluang ini lebih awal tetapi, aku bersyukur, kerana Allah S.W.T menemukan aku jalan keluar. Aku bersyukur, aku diketemukan dengan mereka yang ingin membantu dan masih menaruh harapan agar aku berhenti walaupun dengan sikap buruk aku semasa di dalam ketagihan. Aku bersyukur ada yang masih percaya. Aku bersyukur masih ada orang di luar sana yang cuba memahami semasa aku sesat, hina di dalam dunia kecilku. Aku bersyukur masih ada yang ingin mengerti. Aku bersyukur Kau tarikku ke tepi, bila aku hampir-hampir lemas sendiri..
Sekarang ini aku telah bebas sepenuhnya dari pengaruh dadah dan rokok.Sesungguhnya kedua-dua benda ini adalah perosak dan penjahanam hidup sesaorang itu di dunia dan akhirat.Aku akan dan terus memulakan kehidupan baru yang penuh bererti tanpa rokok tanpa dadah serta tanpa lain-lain maksiat.Ya ALLAH  ya Tuhanku...kau terimalah taubatku,kau ampunkanlah dosa-dosaku serta kau tunjukkanlah hambamu ini jalan yang lurus dan pimpinlah hidupku menuju keredhaan dan kasih sayangmu.Selamatkanlah hidup di dunia ini dan selamatkanlah diriku dari azab api neraka mu.Aku berazam untuk menjadi hamba mu yang solehah yang sentiasa berada dalam keredhaan mu ya Rabbi.
Buat Ustaz Hanafi.. aku mengucapkan jutaaan terimakasih kerana sudi menerima diriku ini untuk dirawat serta sudi mendidik dan memimpin diriku dengan penuh lemah- lembut dan kasih sayang,jasamu ustaz tidak akan aku lupakan hingga ke akhir hayat ku.Sesungguhnya tanpa usaha dan kesudian mu Ustaz menerima dan merawat diriku maka aku akan terus hanyut dan binasa dalam dunia dadah yang gelap gelita.Aku bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi yang telah memakbulkan doa-doa dan usaha-usaha ustaz merawat diriku.

Buat sesiapa yang menghadapi masalah ketagihan dadah dan ingin kembali kepangkal jalan,aku syorkan datanglah bertemu Ustaz Hanafi untuk menjalani rawatan,Insya Allah dia akan berusaha membantu anda.

Sekianlah sebuah coretan kehidupan ku,moga-moga ada manfaatnya buat kalian semua.Wassalam.

Wanita yang telah insaf,
Q K.L 2009









SYARAT UTAMA RAWATAN IALAH :
Mestilah Si Pesakit ( Si Penagih) tersebut dengan rela hati  untuk menjalani rawatan.
Tabiat merokok adalah punca utama menagih dadah.Tinggalkanlah tabiat ini.
Kemudahan yang disediakan:
Makan & minum disediakan.Tempat penginapan yang selesa ada penghawa dingin, peti sejuk,tv.
Makanan/minuman ringan 24 jam.Kemudahan bilik tidur yang selesa.Pakaian didobikan dan lain-lain kemudahan yang sesuai.Pesakit hanya duduk berehat sepenuhnya sambil menjalani rawatan.InsyaAllah penagih akan dapat dipulihkan sepenuhnya.



ALAMAT:
NO.1932-C ,
JALAN STADIUM,
05100 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN,
MALAYSIA.
(Berhadapan Dengan Komplek Kolam Renang MBAS)

EMAIL :
prist2u@yahoo.com.my
TALIAN:
+60195424161

PENTING:
Jika Tuan/Puan/Saudara/Saudari  berminat atau inginkan sebarang penjelasan,silalah hubungi Ustaz Hj Hanafi di talian atau melalui Email di atas

Utama          Gambar Proses Rawatan          Testimoni 1             Testimoni 2              Testimoni 3           Testimoni 4               Rencana
Rawatan 
Tradisional Secara Islam
(Pemulihan Ketagihan Dadah)
Utama           Gambar Proses Rawatan               Testimoni 1              Testimoni 2               Testimoni 3               Testimoni 4               Rencana