Testimoni 14
Assalamualaikum !
Saya bernama Azman Bin Hamdan yang berasal dari Daerah Tampin,Negeri Sembilan telah terlibat dan terjerat dengan ketagihan dadah ini sejak berumur 17 tahun lagi dan kini saya sudah berusia 35 tahun. ertinya saya telah terlibat dengan penyalah-gunaan dadah ini selama 19 tahun.Saya nak beritahu di sini saya dah terlalu bosan dengan kehidupan dengan ketagihan dadah ini.Saya telah berusaha untuk berhenti dan pulih dari ketagihan dadah ini namun gagal.Saya telah kira duit habis kerana dadah ini lebih-kurang hampir RM500,000.00,bayangkanlah betapa membazirnya saya.Saya tahu bahawa dadah itu merbahaya dan tahu membazir itu berdosa,namun apakan daya saya tidak mampu memberhentikan tabiat buruk ini.Untuk pengetahuan juga saya telah cuba pulihkan diri dengan masuk ke pusat pemulihan SERENTI sebanyak tiga kali,namun tetap gagal.
Tapi kini Alhamdulillah , setelah saya menjalani rawatan di tempat rawatan dadah Ustaz Hj Hanafi ini saya dah pulih sepenuhnya.Saya tak sangka saya boleh pulih sebegitu cepat sekali hanya dalam tempoh 14 hari sahaja.Kini saya rasa hidup saya kembali bercahaya dan bermakna sekali.Jutaan terimakasih saya ucapkan pada ahli keluarga saya yang tidak pernah mengenal jemu dan bosan dalam memberi nasehat dan berusaha untuk memulihkan saya.
Saya juga mengucapkan terimakasih yang tak terhingga pada Ustaz Hj hanafi yang berusaha merawat saya dan memberi tunjuk ajar kepada saya hingga saya berjaya dipulihkan sepenuhnya.Saya berharap sesiapa yang ingin memulihkan diri dari ketagihan dadah ini, saya syorkan datanglah ke pusat rawatan Ustaz Hj hanafi ini,Kerana di tempat Ustaz Hj hanafi ini rawatannya sangat selesa,mesra dan tiada sebarang tekanan mental atau pun fizikal.Tempat tinggal dan suasananya juga sangat selesa.Ustaz layan kita sebagai seorang tetamu.
Testimoni 15
Saya Halil yang berasal dari selatan tanah air berusia 32 tahun telah terjebak dengan penagihan dadah ini sejak 14 tahun yang lalu.Benda yang haram jangan dicuba,jika di cuba akan rosak binasalah jadinya dan badan yang merana.Saya selama 14 tahun telah menzalimi diri saya sendiri dengan menjadi hamba dadah,terumbang- ambing mencari jalan untuk keluar dari belenggu najis dadah,apatah lagi mencari arus kehidupan yang sebenar.
Tiada upaya dan kekuatan bagiku untuk terlepas dari ketagihan najis ini.Walaupun masuk ke Pusat SERENTI dan PENJARA,ingatanku tetap pada najis dadah.Jadi aku yang sudah letih dan penat hidup sebegini mencari sesuatu semangat dengan bantuan Perubatan Tradisional (Pusat Rawatan Ustaz Hanafi).Dengan bantuan keluarga setelah aku berterus terang yang aku gagal untuk mengubati diriku sendiri,aku pun dihantar kesini (Pusat Rawatan Ustaz Hanafi).
Alhamdulillah aku menemui semula semangat dan kekuatan hidup seperti orang lain,aku ucapkan jutaan terimakasih kepada ahli keluargaku,ibu bapaku,kakak dan abang ku yang sanggup berkorban demi kebaikan hidup ku,terimakasih lagi sekali buat keluargaku.Buat teman-teman yang memerlukan semangat untuk pulih,setelah segala usaha tidak tercapai,aku syorkan hubungilah Ustaz Hanafi.
Aku mendapat satu pengajaran yang penting dan berguna dalam diriku,setelah aku diberi nasihat oleh Ustaz bahawa rokok membawa jalan kepada dadah kembali.PASTI AKAN AKU BUKTIKAN YANG AKU TIDAK AKAN MENGAMBIL BINATANG HARAM TU LAGI....INSYA ALLAH.
Ya ALLAH ! Berikan hambamu ini semangat untuk terus berlawan dan berjuang meneruskan kehidupan ini dalam keredhaanmu.
Akhir kata dari saya " Janganlah kita akhiri hidup kita ini dengan menzalimi diri sendiri".
Wassalam. " BELIA BENCI DADAH"
Testimoni 16
Saya Mohd Ramli Abu Bakar, berumur 20 tahun dan salah seorang pelajar IPTA di Kuala Lumpur . Saya telah terlibat dengan dadah ini sejak di bangku sekolah lagi. Saya kesal dengan perbuatan saya ini namun saya tak berdaya untuk melawan ketagihan dadah yang saya alami. Di atas kesedaran saya sendiri datang berjumpa dengan Ustaz Haji Hanafi di Alor Setar untuk menjalani pemulihan dadah diri saya. Alhamdulillah kini saya telah pulih dan dapat menumpukan kepada pengajian saya. Saya syorkan kepada sesiapa
yang terlibat dengan dadah bertaubatlah dan datanglah berjumpa dengan Ustaz Haji Hanafi untuk rawatan. Sekian, terima kasih.
Testimoni 17
Saya Fauzi Bin Dalip berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Umur saya 30 tahun dan telah terlibat dengan dadah selama 12 tahun. Saya telah berusaha sebelum ini untuk berhenti, namun gagal, sekalipun saya telah masuk SERENTI. Alhamdulillah dengan izin ALLAH saya terbaca satu artikel dalam majalah cara pengubatan Ustaz Haji Hanafi ini, lalu saya terus ke Alor Setar, Kedah untuk menjalani rawatan dengannya. Dan kini saya telah pulih dan sihat. Bagi saya cara rawatan Ustaz Haji Hanafi memang hebat kerana caranya terlalu simple dan tidak menekan serta tidak memaksa kita bahkan kita rasa senang dengannya dan lagi dalam masa yang singkat kita akan pulih. Terima Kasih Ustaz..
Testimoni 18
Saya Mohd Zabidi Bin Ismail berasal dari Johor Bahru berumur 36 tahun. Saya telah terlibat dengan ketagihan dadah ini selama 18 tahun. Semua jenis dadah telah saya ambil menjadikan diri terlalu tersiksa. Saya telah beberapa kali cuba untuk berhenti sendiri, namum gagal. Saya juga telah dua kali masuk pusat pemulihan SERENTI, tetapi masih gagal untuk saya mengubah cara hidup saya. Sehinggalah saya terbaca dalam satu artikel tentang rawatan pemulihan dadah yang dijalankan oleh Ustaz Haji Hanafi Bin Hj A. Rashid di Alor Setar, Kedah, lalu saya pergi ke sana dan terus mendapatkan rawatan darinya. Bagi saya rawatannya terlalu unik kerana dalam masa yang terlalu singkat sahaja, saya telah berjaya lepas dari ketagihan dadah yang saya alami selama ini. Kini saya hidup seperti orang lain bebas dari dadah`dan telah mendirikan rumah tangga. Saya bersyukur kepada Allah dan terutang budi dengan yang berbahagia Ustaz Haji Hanafi yang telah sudi merawat saya. Sekian, terima kasih
Testimoni 19
Saya Ahmad Johar Bin Kasim yang berumur 22 tahun berasal dari Yan, Kedah. Saya telah terlibat dengan dadah ini , selama 4 tahun. Pada awalnya ibu bapa saya tidak mengetahui saya terlibat, namun akhirnya mereka dapat juga menghidu tabiat buruk saya itu. Saya memang hendak berhenti dari ketagihan, namun saya tak tahu cara dan di mana. Akhirnya ayah saya bawa saya menemui Ustaz Haji Hanafi Bin Hj A. Rashid di Alor Setar Kedah, dengan rela hati saya menjalani pemulihan dengannya. Saya merasa takjub dan hairan sekali dalam masa 7 hari saya telah pulih sepenuhnya. Kini saya telah pulih dan telah memiliki kerjaya sendiri. Saya berterima kasih banyak-banyak kepada Ustaz Hj Hanafi. Sekian, terima kasih.