Testimoni 21
Saya yang bernama Mat Khir asal dari sebuah kampung di negeri Kedah Darul Aman.Saya juga merupakan seorang pesara tentera,umur saya kini 41 tahun serta telah berumah tangga dan memiliki 2 orang cahaya mata.Sebelum saya berjumpa dengan Ustaz Hj Hanafi ni banyaklah kisah duka-lara saya angkara dadah,tapi biarlah ianya menjadi kenangan pahit dan menjadi pengajaran serta sempadan dalam hidup saya. Selepas ini aku berjanji pada diri sendiri, bahawa aku tidak akan kembali semula pada kehidupan penagihan dadah yang hina itu.Biarlah cerita suka dan ceria pula yang akan mendatang dalam hidupku.
TQ Ustaz Hanafi ! walaupun aku baru nak masuk dua minggu menjalani rawatan pemulihan ini tetapi terasa begitu hebatnya dan indahnya HIDUP INI TANPA ROKOK DAN DADAH DURJANA. Rawatan Ustaz Hj Hanafi bagi saya" PELIK TAPI BENAR". Apa tidaknya...hanya dalam 2 minggu sahaja saya dah bebas dari ketagihan dadah dan rokok,sedangkan dadah dan rokok itu telah berpuluh tahun menjadi darah daging saya.Yang peliknya hanya 2 minggu sahaja rawatannya dan yang benarnya memang rawatannya berkesan sekali.
Saya sebelum ini telah berputus asa dari melepaskan diri dari kedua-dua ketagihan ini,bayangkanlah...saya telah menghabiskan wang ringgit beratus ribu ringgit hanya untuk dadah dan rokok.Tapi Alhamdulillah dengan berkat usaha dan doa Ustaz Hj Hanafi saya kini bebas dari kedua-dua benda durjana itu serta sekarang ini saya telah sihat sepenuhnya itu yang paling penting untuk saya dan keluarga saya.
Sekali lagi jutaan terimakasih saya untuk Ustaz ,hanya ALLAH s.w.t sahajalah yang dapat membalas segala jasa baik Ustaz.....Amin.
Sekiranya jika ada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman rawatan pemulihan dadah yang saya jalani ini,bolehlah hubungi saya di talian : +60193629030.
Sekianlah sedikit coretan dari saya.
Yang benar,
Bekas penagih yang telah Insaf.
Khir klang
2010
Testimoni 22
Namaku cukuplah dengan panggilan Zh sahaja,umurku 28 tahun,telah berkahwin dan ada seorang anak.Kekerja sebagai K/tangan kerajaan dan mempunyai gaji yang agak lumaiyan...Alhamdulillah.
Ceritaku bermula ketagihan dadah pada usia muda dengan ganja iaitu seawal umur 14 tahun sehinggalah aku habis belajar di Politeknik...tetap ketagih ganja lagi.Alhamdulillah slepas saya berkahwin 6 bulan yang pertama semuanya saya berhenti menagih ganja.Tetapi selepas itu saya mula kembali liar dan mula berjinak-jinak dengan dadah heroin dan dadah syabu pula hinggalah dapat anak pun masih juga lagi menagih dadah.Cuma perinsip aku tidak akan menjual harta benda semata-mata untuk dadah.Dalam pada itu hatiku terus berdetik sampai bila aku harus jadi penagih dadah ? Masa aku bersama isteri dan anak sentiasa aku abaikan dan akibatnya aku sentiasa bergaduh dengan isteriku.Gerak-geriku mula kantoi akibat seringkali ponteng kerja dan potensi kerjaku semakin merosot.
Akirnya aku mengambil keputusan nekad untuk ambil cuti tanpa gaji supaya aku dapat buang gian dengan cara berubat.Satu malam aku mencari di Internet di mana tempat yang sesuai untuk diriku berubat dan akhirnya dengan petunjuk dari Allah Ta'ala aku memilih untuk ke tempat Ustaz Hj Hanafi di Alor Setar,Kedah untuk berubat.Pemergianku tiada siapa yang tahu,cuma kawan-kawan terdekat dan isteri tercinta sahaja yang tahu.
Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t dan dengan bantuan daripada Ustaz Hj Hanafi dan keluarganya dapatlah aku berubat dan buang gian ketagihan dadah dan rokok.Sekarang barulah aku sedar selama ini aku telah jauh menyimpang dari ajaran Allah dan bersahabat dengan syaitan serta menjadi hamba dadah dan rokok,sedangkan aku adalah hamba Allah.Aku kini bertekad dengan tunjuk ajar Ustaz aku berjanji tidak akan ambil dadah dan rokok lagi selama-lamanya kerana itu semua akan jadi hamba syaitan dan iblis serta haram di sisi Aganma Islam yang suci.
Sekarang aku ingin menjadi hamba Allah dan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan apa yang dilarangnya.Aku hampir-hampir tak percaya yang diri aku boleh bebas dari ketagihan dadah dan rokok hanya dalam masa 14 hari rawatan,tapi Alhamdulillah kini telah jadi kenyataan.
Untuk Ustaz..... Terimakasih yang tak terhingga kerana telah menyedarkan saya dari terus jadi hamba Syaitan.Jasa baik Ustaz dan keluarga ALLAH S.W.T sahajalah yang dapat membalasnya.

Sekian dari hamba Allah yang telah insaf,
ZH Johor
2010
Testimoni 23
Selawat dan Salam atas baginda Rasulullah s.a.w dan keluarganya serta para sahabat Rasul.Al Fatihah khas untuk ibubapaku,para wali Allah juga guruku Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid.
Assalamualaikum semua !!!
Ucapan terimakasih yang tidak terhingga belum dapat membalas jasa bakti yang dicurahkan oleh Ustaz Hj Hanafi,namun itulah dia kalimah keramat budi bahasa melayu.
Terimakasih Ustaz Hj Hanafi dan Ustazah Hajah Azizah, "PUTERI" (anak kecil  Ustaz Hj Hanafi yang comel)... uncle minta maaf...keran lena mu sering terganggu,usia merahmu turut terkorban bersama usaha ikhtiar ayah bonda mu dalam membebaskan uncle dari ketagihan rokok dan dadah.
Berlalu sudah masa 45 tahun usia yang sia-sia akibat ketagihan dadah ini.Dengan izin Allah s.w.t diriku kini terasa lepas dari kehidupan yang jijik dan hina...syukur serta doa yang dapat dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t untuk mencapai matlamat hidup." Apakah dia gold in your life ? ".Hidupku,matiku pasti dan hidup zahir batinku adalah hak Allah s.w.t.

" SEGALA YANG KOTOR, BUSUK, DIBENCI ALLAH HENDAKLAH DIBUANG, DITINGGALKAN DAN DILUPAKAN.........    INDAHKAN HIDUP INI DENGAN ZIKRULLAH DAN AKHLAK MULIA RASULULLAH S.A.W."

Sekian dariku
Zainol Shah
K.Lumpur.
2009
Kemudahan yang disediakan:
Makan & minum disediakan.Tempat penginapan yang selesa ada penghawa dingin, peti sejuk,tv.
Makanan/minuman ringan 24 jam.Kemudahan bilik tidur yang selesa.Pakaian didobikan dan lain-lain kemudahan yang sesuai.Pesakit hanya duduk berehat sepenuhnya sambil menjalani rawatan.InsyaAllah penagih akan dapat dipulihkan sepenuhnya.



ALAMAT:
NO.1932-C ,
JALAN STADIUM,
05100 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN,
MALAYSIA.
(Berhadapan Dengan Komplek Kolam Renang MBAS)

EMAIL :
prist2u@yahoo.com.my
TALIAN:
+60195424161

PENTING:
Jika Tuan/Puan/Saudara/Saudari  berminat atau inginkan sebarang penjelasan,silalah hubungi Ustaz Hj Hanafi di talian atau melalui Email di atas

SYARAT UTAMA RAWATAN IALAH :
Mestilah Si Pesakit ( Si Penagih) tersebut dengan rela hati  untuk menjalani rawatan.
Utama          Gambar Proses Rawatan          Testimoni 1             Testimoni 2              Testimoni 3           Testimoni 4               Rencana
Rawatan 
Tradisional Secara Islam
(Pemulihan Ketagihan Dadah)
Utama           Gambar Proses Rawatan               Testimoni 1              Testimoni 2               Testimoni 3               Testimoni 4               Rencana