Testimoni 12
Assalamualaikum wr.wbth !
Syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan segala rahmat dan hidayahnya saya diberi kesedaran dan kesihatan yang amat baik yang tidak pernah saya perolehi sejak sekian lama.Dan kerana itu saya berkesempatan untuk berkongsi pengalaman tentang pengubatan saya serta pengalaman saya terjebak dengan ketagihan dadah yang penuh azab dan penderitaan di sebabkan terpaksa hidup bergantung pada dadah yang sudah menguasai diri sepenuhnya.
Saya yang tinggal di Pontian,Johor, adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.Saya amat disayangi dan apa sahaja yang diinginkan pasti akan diperolehi.Seawal umur 16 tahun saya sudah berjinak dengan rokok,saya mula bercampur dengan otai-otai di Singapura tempat asal saya dibesarkan.Dengan keadaan dan suasana kota Singa yang advanced saya hanyut dalam arus keseronokan dunia.
Semasa berumur 18 tahun saya berpindah ke Johor dan bermulalah salam perkenalan dengan daun ganja bersama rakan sebaya,Selama beberapa tahun boleh dikatakan tiada sehari pun yang saya tak lentok.Dengan kerjaya sebagai pemuzik yang pasti nak high sebelum persembahan,akhirnya pada awal 1993 saya mula terjebak dengan dadah heroin pulak.Bermula dengan sekadar suka-suka untuk mencuba dan walaupun telah dinasehatkan oleh rakan serumah,saya langsung tak memperdulikannya disebabkan nafsu dan keinginan yang kuat.Akhirnya segala kehidupan dah tak terurus lagi,ini disebabkan oleh ketagihan telah membelenggu jiwa serta akal fikiran yang dah tak mampu untuk berfikir.
Selama 30 tahun saya bergelumang dengan dosa,hidup yang dah tiada makna dan tiada arah tujuan dan ditambah pula dengan masalah perceraian membuatkan kehidupan yang dilalui penuh dengan kepura-puraan.Saya telah dua kali masuk pusat SERENTI,apabila keluar masih lagi saya mengulangi perbuatan yang terkutuk itu.Bukan tidak pernah mahu berhenti,malangnya hanya boleh bertahan untuk 2 ke 3 hari sahaja.
Pada tanggal 28hb Jan 2012 saya ditawarkan oleh adik saya yang banyak mengambil berat tentang diri saya ini supaya mencuba rawatan alternatif berteraskan perubatan tradisional secara Islam yang dijalankan oleh yang berbahagia Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid di Alor Setar,Kedah.Maka dengan rasa ingin berubah saya pun berangkat bersama kakak dan anak saudara saya pergi ke Alor Setar.Usia saya ketika ini aialah dah mencecah 48 tahun.
Walaupun pada mulanya saya tidak berkeyakinan untuk pulih namun setelah 2 ke 3 hari saya menjalani rawatan,saya mula dapat merasakan ada perubahan dan membuatkan saya mula berkeyakinan untuk pulih sepenuhnya.Pada hari ke 7 rawatan saya dapat rasakan jiwa yang tenang.Dengan nasehat dan tazkirah dari yang berbahagia Ustaz Hj Hanafi saya mula sedar akan segala dosa yang telah membelenggu diri saya.Neraka pasti menenti kedatangan saya sekiranya saya tidak benar-benar bertaubat dari dosa yang telah saya lakukan sejak 30 tahun yang lalu.Saya sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana DIA masih menyayangi dan memberibkesempatan untuk menebus kembali dosa silam.
Mengenai Pusat Rawatan Islam Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid ini....memang amat-amat berbeza kaedahnya samada dari segi rawatan, layanannya dan juga suasana tempat tinggalnya.Rawatannya sederhana tapi berkesan.Tempat tinggal yang amat selesa seperti tinggal di Hotel 5 bintang rasanya.Dari segi layanan pula saya dilayan seperti seorang VIP,saya rasa seperti tidak layak saya dilayan seperti itu,maklumlah saya ini hanyalah seorang penagih,tetapi Tuan Guru Ustaz Hj Hanafi tidak memandang itu semua,katanya orang yang datang ketempatnya untuk berubah jadi baik maka dia akan beri layanan sebaik mungkin.Setiap hari saya dihidangkan dengan makanan dan masakan yang lazat-lazat serta dibawa keluar makan seperti makan Pizza Hurt,KFC dan lain-lain tempat. Dengan pengisian zikir (yang tidak dipaksa),kerohanian dan nasehat telah membuatkan jiwa saya semakin tenang dan saya berazam untuk memulakan kehidupan baru,hidup sebagai seorang Muslim yang sejati yang taat dengan perintah serta menjauhi larangan Allah Azzawajalla.Dan yang penting sekali saya berazam akan menjadikan diri ini kebanggaan keluarga.
Kepada tuan Guru Ustaz Hj Hanafi Hj A.Rashid tiada kata-kata yang dapat saya ungkapkan untuk menunjukkan betapa berterimakasihnya saya pada tuan Guru kerana telah menghidupkan kembali diri Saiful Anuar A.samat ini dari 'Tidur yang berpanjangan'........ Hanya Allah s.w.t jualah yang dapat membalas segala kebaikan Tuan Guru dan ahli keluarganya di dunia dan akhirat. Insya Allah... saya berjanji dengan penuh tawaduk yang saya akan benar-benar berubah menjadi seorang insan yang berguna pada Agama,Bangsa dan Negara dan akan menjadikan diri ini sentiasa bersih dari dadah,rokok dan dari dosa-dosa yang lain.
Buat pengetahuan semua saya rasa bertuah dapat pula mengikuti Tuan Guru Ustaz Hj Hanafi pergi umrah pada 28hb feb.2012 nanti.Saya benar-benar teruja untuk ke sana demi menebus dan bertaubat dari dosa-dosa saya yang lalu.
Bagi semua pembaca sekalian saya syorkan pergilah buat rawatan dengan Yang Berbahagia Tuan Guru Ustaz Hj Hanafi Hj A.Rashid,insyaAllah Tuan/Puan/saudara/saudari tidak akan kecewa. Jika sekiranya para pembaca ingin berkongsi pengalaman dengan saya mengenai rawatan di tempat Ustaz Hj Hanafi ini,maka bolehlah menghubungi saya di talian : 019 - 6461170.
sekian dahulu dari saya.Wassalam.
Hamba yang Insaf
Saiful Anuar
Pontian,Johor.